DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, May 19, 2013

PRU13: PKR DAKWA WUJUD PENIPUAN TERANCANG

PETALING JAYA: PKR hari ini mendedahkan bukti-bukti bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 didakwa dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengetui #siasatpru13 memberitahu penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih.

Menurutnya, perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integriti keputusan PRU13.

 

"Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan daru undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan lain-lain diragui oleh rakyat," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Rafizi yang turut memberitahu, setakat 17 Mei, lapan orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah pun mengundi menggunakan nama mereka.

Jelasnya, bukti tersebut menjelaskan wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh JPN yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

"Seramai lapan orang yang tampil membuat laporan polis dan mereka bukannya penyokong Pakatan Rakyat tetapi mereka merupakan pendukung proses demokrasi.

"Kita dalam proses untuk mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini untuk membuat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) mengenai kejadian ini untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada," jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, wujudnya kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah amat membimbangkan.

Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu di dalam PRU13 tetapi turut membayangkan kegagalan JPN menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unit kepada setiap rakyat Malaysia, jelasnya.

"Fakta bahawa pengundi hantu wujud kerana identiti rakyat Malaysia digunakan oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi tidak boleh dibafikan oleh sesiapa.

"Saya mencabar SPR dan JPN untuk mengemukakan alasan mereka untuk dihakimi oleh mahkamah rakyat," tambah Ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Rafizi yang turut mencabar Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbangkan kepada kemenangan beliau.

Beliau yang dalam masa yang sama menolak alasan kesilapan teknikal dari pihak SPR kerana badan tersebut telah melaksanakan pilihanraya sebanyak 13 kali.

Antara lapan kawasan Parlimen yang wujud pengundi hantu dan pengundi tampil membuat laporan polis adalah di P105 Sungai Petani, P131 Rembau, P096 Kuala Selangor, P103 Serdang, P040 Kemaman, P019 Tumpat dan P108 Shah Alam.

Bagi Parlimen Serdang terdapat dua laporan polis dibuat.

katanya, #siasatpru13 akan tampil setiap minggu bagi membuat pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam PRU13 dan akan turut membawa saksi-saksi terbabit untuk tampil memberikan keterangan.

No comments: