KUALA LUMPUR: PKR menubuhkan dua penal untuk menguruskan pasca PRU 13
iaitu Panel Penyiasat Penipuan PRU13 (P4) dan pengurus gelombang #black505 di
seluruh negara.
P4 diketuai oleh Rafizi Ramli manakala #black505 diketuai oleh anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul," kata Rafisi dalam kenyataannya hari ini bagi mengulas perjalanan #black505 yang berjalan dengan baik.
Bagi beliau, perhimpunan #black505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihanraya adalah isu nombor satu negara yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih seratus ribu rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.
Bagi Rafizi yang memenangi Parlimen Panda baru-baru ini, tindakan menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.
Oleh itu, gelombang #black505 ini akan terus dibawa ke seluruh negara. Perhimpunan yang sama akan turut diadakan di negeri-negeri berikut:
Sabtu, 11 Mei 2013 – Pulau Pinang @ Stadium MPSP, Bukit Mertajam
Ahad, 12 Mei 2013 – Perak @ Medan Istana, Ipoh
Selasa, 14 Mei 2013 – Pahang @ Kuantan (tempat diumumkan kelak)
Rabu, 15 Mei 2013 – Johor @ Johor Bahru (tempat diumumkan kelak)
"Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai baju atau apa-apa simbol hitam esok (Sabtu, 11 Mei 2013) sebagai tanda bantahan dan penolakan penipuan pilihanraya yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dengan kerjasama pimpinan atasan SPR," katanya.
Menurut Rafizi, penal yang diketuai beliau akan mengumpulkan segala bukti penyelewengan PRU 13.
"Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihanraya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihanraya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka.
"Saya akan menghuraikan skop tugasan dan mekanisme dalam satu siding media pada jam 9 pagi, Isnin 13 Mei 2013 di ibu pejabat KEADILAN," katanya.
Buat masa ini, kata Rafizi, sebarang bukti dan maklumat mengenai penipuan boleh dihantar kepada siasatpru13@gmail.com.
No comments:
Post a Comment