OLEH NOOR JAAFAR
RAKYAT Malaysia sebenarnya sudah melakukan perubahan sebab itu undi popular banyak diperolehi Pakatan Rakyat (PR) berbanding Barisan Nasional (BN) cuma penipuan yang dilakukan membuatkan PR gagal membentuk kerajaan Persekutuan.
Sebab itu juga lebih 100,000 rakyat menyertai Perhimpunan Penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, malam tadi yang turut dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Ahli Parlimen Gelang Patah ketika berucap pada perhimpunan itu berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi DAP dan parti lain dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR sehingga mencatat peningkatan dan pertambahan kerusi yang membanggakan.PRU-13 yang diadakan 5 Mei lalu juga mencatat sejarah kerana undi popular rakyat Malaysia banyak diperoleh PR berbanding Barisan Nasional (BN) termasuk undi popular untuk kerusi Parlimen di seluruh negara dan undi popular untuk semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ini bermakna rakyat sudah memilih PR untuk memerintah negara kerana mereka mahukan perubahan iaitu sebuah kerajaan yang bersih, telus, adil, urus tadbir yang baik, tidak rasuah, tidak lakukan penyelewengan, tidak memperkayakan kroni dan merakyatkan ekonomi negara.
Bagaimanapun yang jelas penipuan yang dilakukan BN yang bersekongkol dengan beberapa agensi, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuatkan PR gagal menubuhkan kerajaan sebaliknya BN mengalami kemerosotan teruk.
Jika bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh ditekan ahli UMNO untuk mendesak beliau meletakkan jawatan kerana kekalahan teruk pada PRU-12 2008, tidak ada sebab bagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak tidak menerima tekanan yang sama untuk memaksanya meletakkan jawatan kerana BN mengalami kekalahan yang lebih teruk berbanding ketika Pak Lah.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak boleh lagi berdiam diri kerana beliau sebelum ini sudah memberikan bayangan nasib yang sama akan menimpa Najib jika gagal mencatat kemenangan cemerlang dua pertiga majoriti di Parlimen.
Sehubungan itu, DAP dan PR terhutang budi kepada semua rakyat Malaysia, termasuk yang tidak menyokong kerana pembabitan mereka dalam kempen dan komitmen untuk masa depan Malaysia. Semua rakyat Malaysia bersatu dengan satu tujuan untuk menjadikan negara ini dan rakyatnya kuat.
Menurut Lim Kit Siang, yang pentingnya keperluan untuk menjelaskan semua penyelewengan ketika pilihan raya yang bukan sahaja paling kotor dalam sejarah negara, tetapi prosesnya paling dicemari sebab itu menyokong tribunal Bersih ditubuhkan sebagai satu langkah penting untuk keadilan dan ketelusan.
“Kami juga menyokong petisyen pilihan raya untuk mencabar penipuan dan kecacatan pertandingan di mana kita mempunyai laporan yang boleh dipercayai mengenai penipuan pilihan raya dan manipulasi.
“Kami bangga dengan sokongan orang ramai untuk keadilan dan kesaksamaan pada pilihan raya umum, kerana akhirnya mereka yang akan digagalkan. Kami bangga dan terharu dengan tanggungjawab yang dihadapi mewakili majoriti rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam penilaian awal, PR boleh menunjukkan kepada beberapa kerusi di mana penyelewengan serius berlaku iaitu Labis, Tapah, Segamat dan Bentong. PR percaya penyelewengan di seluruh negara memberi kesan minimum sehingga 30 kerusi yang memberikan peluang PR menang membabitkan sekurang-kurangnya dua kerajaan negeri – Perak dan Terengganu.
“DAP dengan kerjasama rakan dalam PR akan berusaha mengumpul dan mengemukakan bukti. Jika Malaysia mempunyai pilihan raya yang bebas dan adil, PR akan berada di Putrajaya dan negeri lain di seluruh negara. Rakyat Malaysia tahu ini, dan BN tahu.
“Kemenangan BN diperolehi melalui wang dan manipulasi bukan kemenangan kerana sokongan semua rakyat. Ia bukan satu kemenangan sebenar.
“Kemenangan BN diperolehi melalui wang dan manipulasi bukan kemenangan kerana sokongan semua rakyat. Ia bukan satu kemenangan sebenar.
“Saya amat yakin keputusan menunjukkan majoriti rakyat Malaysia mahukan tadbir urus yang lebih baik dan sistem yang tidak rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Majoriti PR mendapat sokongan pengundi,” katanya.
Rakyat juga harus berbangga, walaupun ramai yang kecewa dan marah, sila ambil masa untuk menikmati masyarakat yang dikongsi bersama yang dibina dalam pilihan raya ini dan penegasan daripada cita-cita untuk Malaysia yang lebih baik.
Rakyat juga harus berbangga, walaupun ramai yang kecewa dan marah, sila ambil masa untuk menikmati masyarakat yang dikongsi bersama yang dibina dalam pilihan raya ini dan penegasan daripada cita-cita untuk Malaysia yang lebih baik.
Tanpa sokongan semua rakyat adalah mustahil bagi PR untuk memenangi majoriti yang lebih tinggi di Selangor dan Pulau Pinang, Begitu juga saya di Gelang Patah. Sebab itu kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong PR terutamanya kepada orang Melayu yang mengundi untuk perubahan, untuk perdamaian kebangsaan dan negara yang lebih kuat.
Kami memberi jaminan bahawa anda dan semua rakyat Malaysia menerima komitmen jujur dan gigih untuk rakyat dan reformasi.
Kami menyeru semua pemimpin dalam UMNO untuk bertindak secara bertanggungjawab. Ini perangkap bangsa adalah satu lagi bentuk politik lama dan kami sangat mengutuk taktik itu. Ia adalah kisah lama apabila UMNO berjuang untuk dirinya sendiri, dan apabila kerajaan mahu mengalih perhatian ramai berbanding perkara sebenar, mereka mempolitikkan bangsa. Ia adalah salah dan perlu dihentikan segera.
Pilihan raya ini berhadapan masalah serius, SPR dan agensi kerajaan lain gagal menjalankan tanggungjawab secara profesional. Kita lihat dalam kempen ini secara terbuka antaranya syarikat kroni dan kerajaan melakukan pembelian undi secara berleluasa.
Sekarang terserah kepada rakyat untuk membantu, menyalurkan maklumat dan mendedahkan penyelewengan dan rasuah dan mendedahkan langkah terdesak untuk memegang kuasa. Kami perlukan sokongan anda berterusan untuk menjadikan kekecewaan ke dalam usaha membina masyarakat dan meningkatkan tadbir urus.
Ini adalah satu pilihan raya rakyat – pilihan raya menafikan kehendak rakyat, tetapi pada masa sama mengingatkan kita keperluan masyarakat untuk terus mengutamakan rakyat. Tetapi perjuangan untuk keadilan, demokrasi dan Malaysia yang lebih baik adalah hak kita semua untuk berusaha dengan keyakinan dan komitmen. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment