DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, May 7, 2013

MB K'TAN JELASKAN, MENGAPA NAMA HUSAM TERSINGKIR?

KOTA BHARU – Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.


Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.


“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun  Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.

Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad  kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai exco.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan adalah antara exco yang banyak memberikan sumbangan.

Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan sultan.

“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.

"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk sultan, itu yang termaktub dalam Perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya. (SH)

Inilah Pendirian Husam Musa, Kalau Betul Berita Ini..

 

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tidak rasa dukacita walaupun tidak terpilih sebagai exco kerajaan negeri Kelantan seperti yang diumumkan kelmarin.

Beliau yang juga Adun Salor berkata, sebagai pejuang Islam beliau berjuang bukan kerana jawatan.

“Namun saya sedikit terguris kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh sahabat-sahabat mengenai perkara ini yang boleh menimbulkan masalah kepada penyokong Pas di seluruh negara.

“Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah tetapi biarlah penyokong menikmati kemenangan Pas di Kelantan terlebih dulu dan biarlah ia dilakukan secara tata susila.

“Malah tidak ada ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan Pas Negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baru,”
katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kota, di sini, semalam.

Menurutnya, sedangkan mesyuarat boleh membantu memperkukuhkan keputusan dan membulatkan pendirian apatah lagi pelantikan Menteri Besar sebelum ini diadakan mesyuarat terlebih dahulu.

Beliau bagaimanapun berkata, ketelusan dan sokongan secara bermesyuarat atas perkembangan penting tersebut membantu Pas terus utuh di bumi Kelantan.


Pihak yang sudah terlantik mempunyai kewajaran dan kelayakan mereka tersendiri. Inilah peluang mereka untuk membuktikan keikhlasan dalam menerajui perjuangan Islam yang syumul di era moden sekarang.
“Namun sebagai seorang aktivis yang masih kekal dengan idealisme ‘Islam adalah Terbaik dan Syumul’, saya selaku rakyat biasa Kelantan memohon tidak ada amalan kronisme diamalkan di semua peringkat selain amalan pemberian kawasan getah klon dan multi spesies dihentikan,"
katanya.

Beliau berkata, bukan itu sahaja pemberian kawasan perlombongan seeloknya dilakukan secara tender terbuka dan kedudukan amalan perladangan serta perlombongan YIK dan Yakion dikaji semula.

“Saya juga berharap Air Kelantan Sdn Bhd dikaji semula dan perjalanan Ladang Rakyat khususnya mengenai pertindihan dengan penerokaan rakyat dikaji semula.
“Jangan rombak atau hentikan susunan yang telah diatur bagi pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dan pembinaan Bandar Baru Sukan Bukit Merbau, Selising,” katanya.


Beliau juga berharap tuntutan royalti tidak dikendurkan malah terus diperjuangkan demi hak rakyat negeri ini. - Sinar Harian.

No comments: