DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, May 7, 2013

MASA DEPAN YANG TIDAK MENENTU SELEPAS GE13?



ANALISIS Selepas pilihan raya umum ke-13 berlalu, ia menjadi semakin jelas bahawa BN hanya mendapat 47.38 peratus undi popular berbanding dengan Pakatan Rakyat, yang memperolehi  50.87 peratus manakala 1.74 peratus lagi kepada calon bebas dan parti-parti lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini akan menerajui sebuah kerajaan yang dipertahankan melalui amalan pengarisansemula kawasan pilihan raya, tetapi tidak menikmati sokongan majoriti pengundi dan yang boleh mendakwa mempunyai mandat rakyat.

Malah untuk membentuk sebuah kerajaan pun akan menjadi halangan kerana BN tidak lagi akan mempunyai wakil Cina, kerana MCA dan Gerakan berkata mereka tidak akan menyertai kerajaan kali ini ekoran prestasi yang buruk dalam PRU13.

Bagaimanapun, MIC telah memperlihatkan satu 'mini kebangkitan', kerana ia kini mempunyai empat kerusi Parlimen, bertambah satu berbanding 2008.

Najib perlu menyakinkan parti-parti komponen BN itu untuk menimbang semula keputusan mereka itu, atau sebagai alternatifnya melantik wakil Cina daripada badan bukan politik sebagai senator, yang kemudiannya akan dilantik ke jawatan dalam kerajaan, jika Najib mahu memastikan representasi masyarakat tersebut.

Apabila kerajaan dibentuk, Najib perlu menerima hakikat bahawa majoriti pengundi memilih mesej Pakatan yang anti-rasuah dan membaikpulih secara sistemik "transformasi" BN, yang menyaksikan pembaharuan separuh hati kerana keengganan partinya sendiri untuk menyokong usaha itu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan serangan pertama di media antarabangsa, dengan mempersoalkan kesahihan pilihan raya umum dan menjanjikan permulaan kepada satu "pergerakan sengit untuk membersihkan negara daripada penyelewengan dan penipuan pilihan raya".

Sumber: Malaysiakini

No comments: