Semalam aku dengar berita mengatakan
beberapa orang rakyat
Malaysia ditangkap kerana menghasut.
Dan ada juga yang ditangkap kerana menganjurkan perhimpunan haram. Dan katanya
ramai lagi yang akan ditangkap kerana ‘kesalahan-kesalahan’ yang sama ia itu
samada menghasut ataupun menganjurkan perhimpunan haram.
Apa nak buat…..jikalau begitu
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di negara ini. Nak buat macam mana lagi. Terima
sajalah….Namun begitu aku nampak dan aku lihat tidak semua negara-negara di
dunia yang mengamalkan apa yang diamalkan di negara kita. Ada juga
negara-negara di dunia yang mengamalkan apa yang kita amalkan sekarang. Ada.
Aku dengar khabar, negara Zimbabwe pun macam di Malaysia juga. Aku dengar
khabar begitu lah.
Secara kebetulan pulak aku terbaca
sebuah buku yang ditulis oleh Ivan Hare, James Weinstein berjodol,“ Extreme
Speech and Democracy’. Mengikut beuku itu,
“There is no democracy without
public disourse and no public discourse without freedom of speech, freedom of
the media and freedom of information. And only if it contains both the active
and pasive side – freedom to express one’s own opinion and freedom to learn
about the opinion of others – does the right constitute a comprehensive freedom
of communication”
Lebih kurang kata Ivan Hare ialah,
· Tidak
wujudlah demokrasi dalam sesebuah negara itu sekiranya tidak ada debat umum dan
tidak wujudlah perdebatan umum sekiranya tidak wujud kebebasan bersuara,
kebebasan media dan kebebasan untuk mencapai maklumat.
· Kebebasan
bersuara adalah merupakan hak seseorang untuk menyatakan sesuatu, kata Ivan
Hare. Jadi sekiranya hak bersuara dan menyatakan sesuatu pendapat secara tidak
terkongkong tidak diamalkan, dimanakah letaknya kebebasan seseorang itu.
Aku baca sebuah buku lagi. Keith
Werhan pulak menulis berjodol,” Freedom of Speech: A Reference Guide to the
United states Constitution”
“ The linkage among the ideas of
democracy, popular sovereignity, and freedom of speech is as old as those ideas
themselves, and they are very old indeed.. Freedom of speech was a constitutent
element of the world’s first democracy, that which prevailed in Athens during
the Classical Era ( 508BC-323 BC). Classical Athenians believed that authentic
public debate was a prerequisite for the creation and refinement of public
policy in a democracy.They nurtured a political culture that encouraged common
citizens not only to participate fully in political institutions, but also to
speak forthrightly on issues of public concern”.
Lebih kurang kata Keith Werhan
begini,
· Pertalian
atau perhubungan antara konsep
demokrasi, kedaulatan rakyat dan kebebasan bersuara sudah wujud begitu lama.
Malah konsep kebebasan bersuara itu adalah merupakan initisari atau pra-syarat
kewujudkan konsep demokrasi itu sendiri yang bermula di Athens dalam zaman era
kelasikal ( 508 BC-323BC).
· Masyarakat
Athens pada ketika itu berpendapat bahawa perdebatan umum adalah sebagai syarat
untuk membentuk dasar-dasar awam dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan
demokrasi. Dengan demikian akan membolehkan rakyat menyuarakan pendapat mereka
secara bebas tanpa rasa takut dan gentar. Maknanya kebebasan bersuara.
Buku ini mengatakan juga bahawa, masyarakat Athens mengamalkan
dua jenis konsep kebebasan bersuara ia
itu ‘Isegoria’ dan ‘parrahesia’.
· Isegoria
bermaksud memberikan peluang dan kebebasan kepada setiap wakil yang dipilih ke
parlimen menyuarakan pendapat dan pandangan mereka yang berkaitan dengan
dasar-dasar yang membabitkan setiap warga Athens. Memberikan peluang kepada
setiap wakil samada kaya atau miskin untuk menyuarakan pendapat mewakili
penduduk Athens. Macam yang diamalkan oleh ahli parlimen Malaysia ler. Ini kita
juga amalkan di negara kita.
· Parrahesia
pula bermakna memberikan peluang setiap rakyat Athens, tua, muda, miskin, kaya
untuk menyuarakan pendapat mereka tentang apa juga perkara yang mereka ingin
bangkitkan walaupun kadang-kadang isu yang dibangkitkan menyentuh perasaan dan
peribadi seseorang.
· Ini
bermakna juga bahawa tidak terhad kepada ahli parlimen semata-mata. Rakyat
umum, siapa sahaja boleh menyuarakan pendapat dan pandangan. Kalau mengikut
loghat negeri Perak berbunyi begini, “ lantaklah..tampil lah… ikut suka kamu
ler nak kata apa pun…kamu nak puji kerajaan ke…kamu nak menghentam kerajaan
ke..lantaklah…..”
Konsep “Parrahesia’ ini tidak
diamalkan di Malaysia secara sepenuhnya. Ada juga yang memburuk-buruk dan
mengutuk kerajaan kita. Melalui internet. Tetapi secara terang-terang macam
masyarakat Athens atau macam yang berlaku
di bawah Obama di Amerika Syarikat masih tidak dibenarkan. Jikalau dilakukan
juga maka akan menerima nasib seperti yang dialami oleh beberapa orang yang
ditangkap itu. Maknanya persepsi aku mengatakan bahawa belum cukup matang lagi
demokrasi yang kita amalkan di Malaysia kini. Mungkin untuk menjaga
keselamatan negara agaknya….
Di Amerika Syarikat pernah juga
memperkenalkan Akta Hasutan pada tahun 1798. Sedition Act of 1798. Apabila
telah diputuskan bahawa kebebasan bersuara harus dipertahankan berasaskan
bahawa rakyat semestinya dibenarkan bersuara dan menyatakan pendapat dan
pandangan masing-masing dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi
sepertimana yang diasaskan di Athens, maka rakyat Amerika akur.
Aku berharap dan aku mendoakan agar
terbukalah hendaknya hati dan persaan pihak-pihak tertentu di Malaysia supaya
bersikap seperti manusia yang memiliki peradaban seperti mana manusia di
Athens, dua ribu tahun yang lampau.
29 Mei 2013
No comments:
Post a Comment