DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, May 8, 2013

HIMPUNAN PRU13: POLIS MAHU PANGGIL 28 PEMIMPIN PEMBANGKANG

Wartawan Sinar Harian
 


Lebih 100,000 peserta menyertai himpunan bantahan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Stadium Kelana Jaya malam tadi. - Foto Sinar Harian Online

SHAH ALAM - Polis akan memanggil 28 individu termasuk beberapa pemimpin pembangkang yang berceramah pada Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

"Siasatan awal dapati ceramah disampaikan mereka berbaur hasutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, sebentar tadi.

No comments: