PKR
dedah laporan polis black-out masa kira undi
KUALA
LUMPUR: PKR
kesal dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang
memperlekehkan aduan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik semasa
pengiraan undi (black-out).
“Beliau
juga mempersendakan aduan-aduan ini, kononnya dilakonkan terlebih dahulu dan
mencabar sekiranya benar ada kejadian begini berlaku agar laporan polis
dikemukakan kepada SPR,” kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu
kenyataan.
Semalam,
katanya wakil rakyat Sri Serdang Puan Noor Hanim Ismail telah tampil
menjelaskan bahawa gambar di internet yang berlegar benar-benar berlaku di
dalam kawasan yang beliau tandingi.
Dengan
kenyataan balas Noor Hanim Ismail itu, ujarnya Wan Ahmad wajarlah mengemukakan
asas bagaimana beliau boleh mempersendakan satu aduan serius yang dibuat
mengenai kepincangan perjalanan pilihanraya, tanpa usul periksa terlebih
dahulu.
“Hari
ini, saya tampilkan satu lagi bukti untuk menunjukkan bahawa Datuk Wan Ahmad
Wan Omar tidak pernah ikhlas untuk menangani aduan kepincangan perjalanan
pilihanraya secara ikhlas,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Beliau
berkata, Wan Ahmad mencabar agar ditunjukkan laporan polis sekiranya benar
berlaku black-out di
mana-mana tempat pengiraan undi dalam PRU13.
Jelasnya,
pihak #siasatpru13 berjaya menjejaki satu lagi insiden black-out di Parlimen
Kulim Bandar Baharu yang disertakan dengan laporan polis.
Laporan
menyebut:
“Pada
5/5/2013 jam lebih kurang 0715 malam bekalan letrik terputus di dalam kawasan
Sekolah Sri Lindungan Raja, Sedim, Karangan, Kedah. Saya sebagai ketua unit
peti undi Kampung Tebuan, Sedim bagi PRU13 N35, P18 dan sebagai agen wakil
calon PKR ditempat kiraan undi di sekolah tersebut. Kejadian ini mendatangkan
kecurigaan kepada pihak saya berdasarkan perkara ini saya mendapat maklumat
daripada pihak TNB dan tiada sebarang bekalan elektrik terputus di kawasan
Sedim. Perkara ini disahkan oleh pihak TNB. Pada 5/5/2013 jam 0725 malam
bekalan elektrik pulih semula berdasarkan perkara ini juga pihak saya merasakan
terdapat unsur penyelewengan. Kejadian ini berlaku hanya pada bangunan sekolah
sahaja sedangkan saksi-saksi bagi pihak saya melihat kawasan di luar sekolah
tiada terputus bekalan elektrik. Sekian repot saya.”
“Dengan
adanya saksi dan laporan polis sebegini, secara langsung menjawab cabaran
Wan Ahmad yang mahu melihat laporan polis yang dibuat,” ujarnya.
Kini,
kata Rafizi menjadi tanggungjawab Wan Ahmad untuk menerangkan bagaimana
kejadian terputus bekalan elektrik hanya di tempat mengira undi pada ketika
undi sedang dikira boleh berlaku, sedangkan TNB menyatakan bahawa tiada
sebarang gangguan bekalan eletrik.
No comments:
Post a Comment