Bagi aku gerakan ‘Black 505’ adalah
seperti air sungai yang mengalir. Mengalir dan terus mengalir. Tidak akan dapat
ditahan atau disekat. Sekiranya diempang dan disekat. kesannya empangan akan
pecah. Namun air akan terus mengalir dan mengalir sehinggalah sampai ke
destinasi akhirnya – ke laut. Cuma yang dapat dilakukan ialah mengurangkan
kederasan air yang mengalir. Itu saja.
Begitulah ibarat gerakan ‘Black 505’
yang berlangsung semenjak dua minggu yang lepas. Ada juga yang meramalkan
bahawa gerakan ‘Black 505’ akan terhenti selepas berlakunya perhimpunan di
Stadium Kelana Jaya. ‘Hangat-hangat tahi ayam’ kata mereka’. Mereka tidak yakin
yang gerakan ini mendapat sambutan hangat
masyarakat di luar Kuala Lumpur khususnya masyarakat luar bandar. Mereka
tidak yakin langsung. Mereka begitu yakin perhimpunan ‘Black 505’ akan gagal di
Kedah atau di Perak atau di Terengganu. Namun rupa-rupanya sambutan yang
diberikan oleh majoriti rakyat adalah dalam keadaan luar biasa. Apatah lagi
apabila diadakan di kawasan Lembah Kelang seperti yang diadakan di Petaling
Jaya semalam.
Akhbar Sinar Harian ada melaporkan
bahawa,” Veteran UMNO mendesak pihak polis supaya menahan lebih ramai
‘pengacau’ keamanan negara termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa kompromi’ Sekali imbas kenyataan ini
menampakkan kedangkalan persepsi kumpulan veteran UMNO ini yang tidak dapat
memahami keadaan yang wujud sekarang, terutama dalam zaman Kurun ke 21. Atau
sebagaimana yang selalu disebut-sebut zaman global. Dari satu sudut lain pulak
memberikan gambaran kepada aku bahawa sekiranya beginilah sikap kumpulan
Veteran UMNO ini, maka Malaysia akan hancur dengan kadar yang lebih cepat lagi.
Sehingga kini aku memberikan
penghargaan yang tinggi kepada pihak polis kerana bertindak secara waras dalam
menangani perhimpunan ‘Black 505’ di Petaling Jaya semalam. Sehingga kini. Aku
tak dapat meramalkan apa akan terjadi pada hari esok, lusa, tulat dan
seterusnya. Bagi aku polis bertindak bijak – dari segi menangani perhimpunan
‘Black 505’ di PJ. Tidak sepertimana
yang disarankan oleh Veteran UMNO itu. Telahan aku agak tepat. Berbeza dengan
pendapat kawan aku yang mengatakan bahawa ramai yang akan ditangkap pada malam
semalam.
Aku bersyukur kerana tiada
tangkapan. Sehingga kini!……..
Bagi aku nasihat kumpulan Veteran
UMNO amat ketinggalan zaman. Aku teringat satu pelajaran yang aku pelajari di
Manila beberapa tahun yang lampau
mengenai ‘ management’. Pelajaran itu lebih kurang begini,
“
Ali demam. Emak dia beri sebiji panadol. Ali demam lagi. Emak dia beri tiga biji panadol. Ali terus demam.
Emak dia beri sepuluh biji panadol
lagi. Ali kemudiannya meninggal’
Maknanya Veteran UMNO dan ‘manusia’
yang seangkatan dengan kumpulan ini sentiasa
mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang serumit
ini. Mereka seolah-olah tidak langsung mahu mengkaji sedalam-dalamnya mengenai
‘Black 505’. Yang paling menyedihkan ialah masih ada kumpulan sedemikian yang
masih terus menerus menyalahkan orang lain, tanpa melihat kesalahan diri
sendiri.
Dan mereka harus sedar bahawa
keadaan kini ( Kurun ke21) amat berbeza dengan tahun-tahun 60an,.Kumpulan yang
aku rasakan seperti ‘Dinosaur’ ini seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya mengapa
anak-anak muda itu sanggup berarak dan menunjuk perasaan. Mereka mengatakan
yang mereka ada bukti yang SPR telah menjalankan penipuan dalam PRU 13.
Sepatutnya kumpulan Veteran UMNO menggesa agar SPR membuktikan bahawa apa yang
dikatakan oleh anak-anak muda ini adalah salah. Buktikan dengan penuh keyakinan
bukan seperti melepaskan atu ditangga. Hanya tahu menyalahkan pihak lain.
Menangani keadaan sekarang tentunya
amat berbeza dengan tindakan yang dilakukan pada tahun-tahun 1960an dan 1970an
dulu.
· Masyarakat
kini khususnya kumpulan anak muda adalah kumpulan yang celik huruf dan bukan
seperti zaman-zaman sebelumnya dimana masih ramai yang buta huruf ataupun yang
tidak terdedah kepada keadaan yang berlaku di dunia kini. Anak muda kini bukan
lagi kumpulan ‘Yes men’ yang akan mengangguk apa saja yang dikatakan. Mereka
adalah kumpulan yang mendapat pendidikan tinggi. Ramai diantara mereka yang
telah pun menjejakkan kaki ke University dan kolej. Merek tahu dan sedar apa
yang berlaku disekeliling mereka. Mereka bukan lagi kumpulan yang boleh
diperbodohkan. Mereka adalah kumpulan yang berani mempertahankan sesuatu yang
benar. Ini adalah ekoran daripada pelajaran dan pengajaran yang diterima oleh
mereka ketika di pusat pengajian tinggi ataupun melalui pembacaan mereka yang
luas.
· Dan
sesuatu yang luar biasanya kini ialah penglibatan anak muda dari semua kaum.
Ini yang membanggakan. Dan ada juga yang amat bimbang dengan perkembangan ini
walaupun ‘mereka’ sentiasa mewar-warkan slogan 1 Malaysia. Penglibatan anak muda
Melayu, Cina dan India secara bersungguh-sungguh itu merupakan satu fenomena
yang belum pernah berlaku di Malaysia. Dan ini tentunya perkemabngan yang amat
positif.
· Ledakan
sosial media dan internet betul-betul membawa perubahan yang begitu drastik
dalam banyak aspek terutama dari aspek politik. Veteran UMNO kena fahama bahawa
anak muda kini mendapat maklumat hanya dihujung jari mereka sahaja. Mereka
tidak lagi bergantung kepada surat khabar dan Radio/TV sebagai sumber berita.
Sumber berita demikian sudah lama diketepikan oleh mereka.
Semangat perjuangan anak muda kini
tidak mudah dipadamkan. Tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
menangani gerakan ini perlulah berhemah dan berhati-hati, apatah lagi apabila
terbukti sudah bahawa perhimpunan yang pernah diadakan sebelum ini telah
berjalan dengan lancar dan tidak timbul sedikit pun keadaan yang tidak
diingini. Anak muda kini faham bahawa mereka hanya memerlukan ketelusan dan
keikhlasan dari pihak kerajaan.
Anak muda amat sedar bahwa negara
ini dan masa depannya adalah di tangan mereka.
SUMBER : Abuhassanadam
26 Mei 2013
1 comment:
Veteran UMNO ini dah seperti "anjing busuk kepala". Menyalak kat UMNO pun dah tak laku malah dihalau pula kerana tiada aura atau kredibiliti terdahulu. Nak menyalak kat rakyat dah tiada kepercayaan kerana masa lampau mereka yang busuk dan zalim terhadap rakyat. Maka menyalaklah mereka ini kepada pembangkang supaya kalau ada sedikit nasi basi atau tulang yang saki baki UMNO makan boleh dilempar kepada mereka.....
Post a Comment