Roslan SMS
Akhbar The Star hari ini terbit dengan “pullout” khas 16
mukasurat yang memberi tumpuan kepada PRU 13.
Terdapat 7 analisa yang diberikan
oleh penulis kanan dan penulis jemputan akhbar berkenaan yang menarik perhatian
saya dan yang telah saya baca dengan penuh teliti untuk melihat apakah gambaran
yang dapat kita cungkil darinya.
7 analisa berkenaan masing-masing disediakan oleh:
1) Wong Chun Wai – Ketua Pengarang
Kumpulan The Star 2) Wong Sai Wan – Pengarang Eksekutif The Star 3) Johnson
Chong 4) Michael Yeoh CEO ASLI 5) Dr Denison Jayasuria UKM 6) K. Baradan dan 7)
Razak Ahmad.
Rata-rata dua penemuan yang dikira dikongsi oleh kesemua
mereka adalah:
PERTAMA: pengundi Cina “solid” di
belakang Pakatan Rakyat
Kata CW Wong – ramai (masyarakat Cina ) yang yakin bahawa 5
Mei nanti perubahan akan berlaku dan mereka mahu menjadi sebahagian dari
sejarah itu kerana pimpinan Pakatan akan berkuasa. Menurut MICHAEL YEOH –
kemungkinan sehingga 80% (masyarakat Cina) akan mengundi DAP dan calon-calon
Pakatan. K.BARADAN pula berpandangan – masyarakat Cina yang memiliki majoriti
di 40 kerusi Parlimen bersungguh akan mengundi DAP selain PKR dan PAS.
KEDUA: pengundi Melayu dijangka
menjadi penentu
Dan bagi pengundi Melayu pula mereka menjangkakan kecuali
mereka yang berada di kawasan Bandar, masyarakat Melayu di luar bandar dijangka
kekal bersama BN.
Cumanya CW Wong contohnya masih
belum dapat membaca adakah segmen pengundi Melayu ini kali ini akan kekal
sebagai “fixed deposit” BN atau akan beralih kali ini. DR DENISON menjangkakan
masyarakat India juga kali ini dijangka condong kembali kepada BN sebagaimana
pengundi Melayu. Menurut BARADAN sebagaimana DAP dijangka menang besar
dikalangan pengundi Cina, pengundi Melayu juga dijangka bertaut di belakang
Najib dengan memerikan kemenangan besar kepada BN.
Memanglah berdasarkan analisa mereka masing-masing, yang
mengakui PRU kali ini genting, namun semua membuat kesimpulan BN akan kembali
berkuasa. Barangkali kesimpulan itu dibuat bukan untuk menyedapkan diri sendiri
tetapi orang lain.
Apa pun tiada yang berani mengatakan
BN akan kembali dengan majority 2/3 majoriti. BN mereka laporkan akan menang
tetapi menang kecil seolah menyatakan yang jika tidak menang kemungkinan
Pakatan pula yang menang!
Majoriti 2/3 akan diperolehi bagi mana-mana parti yang
menang 148 kerusi dan lebih dari 222 kerusi yang dipertandingkan peringkat
Parlimen.
CW WAI menjangkakan BN akan menang
membentuk kerajaan Persekutuan dengan 138 kerusi, iaitu dalam keadaan DAP
mungkin menang semua 45 kerusi majoriti Cina (selebihnya antara PKR dan PAS)
Begitu juga BARADAN menjangkakan BN menang di 145 kerusi
(kalau kita biasa ikuti tulisan beliau dalam akhbar The Star, beliau tidak
pernah langsung punya simpati selain terhadap BN).
DR DENISON pula menjangkakan BN
menang tetapi dengan prestasi di bawah PRU 12, kata beliau mustahil BN dapat
majoriti 2/3. Dan beliau membuat kesimpulan PAS akan menang di Shah Alam dan
Pasir Mas (kerana Najib silap pilih calon), DAP kalah di Gelng Patah tetapi PKR
menang di Segamat. Juga PR kekal di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan menang
kembali Perak.
JOHNSON CHONG pula lebih berimbang dengan menyatakan samada
BN atau PR yang menang di Federal kelak, pemenang akan menang dengan kelebihan antara
8 ke 22 kerusi (iaitu menang dengan 119 ke 133 kerusi)!
RAZAK juga menjangkakan BN menang
tetapi tidak capai majoriti 2/3 .
Yang penting di sini kemampuan PR tidak ditolak malah
kemungkinan PR menang diperingkat Federal jelas tersirat dalam tulisan kesemua
mereka. Yang kritikal adalah kemanakah akan perginya undi pengundi Melayu
kerana undi pengundi Cina sudah seakan muktamad iaitu buat PR.
Oleh itu bagi saya esok jika
calon-calon PR selain di bandar-bandar, selain di Lembah Kelang, Lembah Kinta,
Pulau Pinang dapat meraih sebahagian dari sokongan pengundi Melayu, pengundi
Cina lebih 80% menyokong PR dan masyarakat India tidak kembali kepada BN,
Putrajaya insyallah akan beralih tangan.
Tetapi jika sebaliknya, PR akan menanggung banyak rugi
termasuklah di negeri-negeri yang ia kuasai.
Kuasa penentu adalah pada rakyat,
jika setelah sekian lama kita bertarung ini rakyat yakin dan bersungguh bersama
kita insyallah bersinarlah Malaysia baru menjelang pagi 6 Mei……
No comments:
Post a Comment