DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, May 22, 2013

BERGAMBAR.. POLIS MENAHAN 18 ORANG DI HADAPAN BALAI POLIS JINJANG DAN ADAM ADLI DIDAKWA HARI INI

Polis menahan 18 orang daripada mereka yang telah berkumpul di hadapan balai polis Jinjang malam ini untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar Adam Adli.

Dipercayai 18 orang yang ditangkap sewaktu program nyalaan lilin malam ini terdiri daripada 14 lelaki, termasuk Peter Chong yang merupakan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa serta empat orang wanita.



Adam ditahan Sabtu lalu ekoran kenyataan yang dibuatnya dalam satu forum selepas pilihan raya yang dianjurkan oleh Suara Anak Muda Malaysia (SAMM), pada 13 Mei, dan dijangka didakwa atas tuduhan hasutan.Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim akan didakwa di Mahkamah Seksyen Jalan Duta di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan, hari ini pada jam 9 pagi.

Naib Presiden PKR, N Surendran yang bertindak sebagai peguam kepada Adam Adli untuk perbicaraan kes ini mengesahkan kepada Sinar harian Online.

"Ya, esok (hari ini) dia akan didakwa," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan , Adam Adli yang juga bekas pelajar Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI) telah ditahan di Bangsar pada 18 Mei lalu, kira-kira pukul 3.15 petang kerana disabitkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan.

Beliau kemudiannya turut direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan berakhir pada hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi terhadap gambar yang disebarkan melalui media-media sosial tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi ke atas rakaman gambar tersebut kerana ianya boleh menimbulkan kemudaratan kepada kestabilan negara," katanya.


                                            Keadaan di Lokap Berpusat Jinjang

No comments: