Pilihanraya ke 13 sudah hampir
sebulan berlalu dan keputusan sudah pun di ketahui. BN masih kekal dengan
bilangan kerusi yang lebih menirus iaitu hanya 133 semuanya. Undi ‘popular’ pun
jatuh dibawah yang di perolehi oleh pihak Pakatan Rakyat. BN hanya mendapat 47%
undi popular dan dengan kerendahan undi popular itu menjadikan BN hanyalah
sebuah kerajaan ‘minority’ dalam erti dan hakikat sebenarnya.
Entah berapa puluh billion ringgit
di belanjakan secara ‘direct’ atau secara tidak langsung untuk menambat hati
rakyat untuk mendapat kemenangan 2/3 bertambah jauh. Jika dilihat dari cara
perbelanjaan menghadapi pilihanraya itu BN sepatutnya mendapat 3/3 kemenangan.
Begitulah seperti yang saya perkatakan beberapa kali, kos untuk mempertahankan
BN ini terlalu tinggi.
Kalau lah berbelanja sampai puluhan
billion ringgit semata-mata untuk mendapat 133 kerusi sahaja ia jelas merupakan
kekalahan besar BN jika dipandang dari sudut moralnya. Nasib baiklah bagi BN
kerana masih ada saki baki pengundi yang masih dibeli dan dikelirukan dengan
isu perkauman yang dimainkan oleh BN itu.
Jika tuduhan pihak Pakatan Rakyat
wujudnya bantuan pengundi haram dalam PRU 13 lalu, maka sah UMNO dan BN sudah
menjadi pihak yang sudah tidak laku lagi. Tetapi itu perkara yang biasa. Ramai
orang yang tidak meminati jejaka yang buruk dan tidak ada rupa, tetapi masih
dikahwini oleh ramai wanita kerana wang ringgit mereka walaupun tanpa rasa
kasih dan sayang sejati.
Orang yang tidak punya rupa
selalunya terpaksa berbelanja tinggi untuk mengambil hati isteri yang mereka
mahu berkahwin dengan mereka kerana wang ringgit semata-mata. Kekurangan yang
ada kepada diri mereka ini terpaksa ditutupi dengan harta dan wang ringgit,
kereta besar dan berbagai-bagai lagi untuk menampung kekurangan itu.
Di sebaliknya ramai yang tiada harta
yang bertimbun, masih kekal dengan keluarga yang mereka bina dengan anak-anak
yang cergas dan bersayang-sayangan diantara satu dengan lain dalam keluarga
itu. Ini adalah keluarga yang mempunyai nilai yang tinggi walaupun tidak
mempunyai wang jutaan ringgit. ‘Bukit sama didaki lurah sama dituruni. Hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama di cicah’.
Begitulah kehidupan mereka yang
mempunyai nilai kehidupan yang tinggi dan sentiasa disalut dengan iman serta
keperibadian yang mulia disisi adat dan agamanya. Keluarga seperti ini
selalunya adalah keluarga yang sederhana dan mempunyai keperibadian yang
tinggi. Cara mereka bercakap pun tidak celupar dan mereka ini selalunya dari
gulungan yang dihormati oleh masyarakat sekeliling mereka.
Mereka ini selalunya kalau tidak
bersetuju dengan pandapat orang lain mereka akan berkata-kata dengan kata-kata
yang baik yang mampu memberikan makna yang sama dengan mereka yang celupar tadi.
Mereka ini juga selalunya melambangkan yang mereka adalah dari darah dan
keturunan yang baik-baik dan kita boleh tahu yang mereka mempunyai ibu dan bapa
yang relatifnya baik latar belakang keluarganya. Orang sederhana ini selalu
menjaga nama baik ibu bapa mereka dengan mempunyai ‘disposition’ yang baik.
Ada juga satu kumpulan yang satu
lagi. Kumpulan ini selalunya bercakap dengan keperibadian perongos. Apabila
tidak bersetuju dengan pandangan pihak lain mereka akan memaki hamun orang lain
itu dengan kata-kata yang kesat dan menjengkelkan. Mereka ini selalunya
berbangga kerana dapat mengeluarkan kata-kata nesta yang tidak mempunyai adat
dan adab, jauh sekali untuk menjaga nama baik ibu bapa mereka yang membesarkan
mereka.
Itu sebabnya apabila kita bergaul
dengan luas, kita akan berhadapan dengan banyak perangai manusia yang berlainan
latar belakang mereka. Setiap diantara yang kita gauli itu boleh kita membuat
andai yang agak ‘conclusive’. Kita boleh mengatakan didalam pemerhatian kita,
‘orang itu macam tidak mempunyai ibu bapa’ misalnya. Didalam hati kita, kita
akan bercakap ‘kesian dia tu, macam orang tidak pergi sekolah’ atau pun
sebaliknya kita juga akan tahu, ‘wah anak siapa tu, baik dan elok
percakapannya, mesti ibu bapanya dari orang yang baik-baik’.
Semuanya ini datangnya dari cara
percakapan dan pergaulan mereka. Kata orang, hanya ‘mutu mengenal manikam’.
Jangan tersalah sebut, nanti tersebut hanya ‘Muthu mengenal Maniam’ pula.
Dalam politik kita akan berhadapan
dengan semua ragam ini baik dari yang menyokong pemerintah mahu pun dari mereka
yang menyokong pihak yang membangkang. Apatah lagi sebagai penulis blog kecil
seperti yang saya ada ini. Setiap hari saya berhadapan dengan mereka yang
perongos dan tidak mempunyai sifat yang elok untuk di dengar.
Selalu perdebatan diantara mereka
yang berselisih faham dalam isu yang saya tulis masing-masing menghina pihak
yang lain dengan kata-kata nesta yang tidak sepatutnya terkeluar dari mulut
seorang yang terdidik dengan baik oleh ibu bapa masing-masing. Kata-kata mereka
setengahnya tidak langsung terfikir oleh orang yang bersekolah kerana ada
kata-kata dan perkataan yang buruk seperti bodoh, bingai, bangang dan celaka
terkeluar dari mulut mereka ini.
Ada yang mengatakan pihak musuhnya
babi, anjing dan banyak lagi istilah-istilah ciptaan baru yang semuanya kotor
dan mengaibkan. Mereka ini mengaibkan diri mereka sendiri dengan mengeluarkan
kata-kata nesta ini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana lah nasib ibu bapa
mereka yang telah pergi buat selama-lamanya itu? Bagaimanakah mereka hendak
mendoakan ibu bapa mereka yang sudah pergi dengan nilai seperti ini?
Tidak kah mereka mempunyai rasa
kasih sayang dan hormat kepada ibu bapa mereka kerana perbuatan mereka itu
melambangkan ibu bapa mereka? Bukan kah kita ini datangnya dari rahim ibu kita
hasil perkongsian diantara ibu dan bapa kita? kata perbilangan bagaimana acuan
begitulah bentuk kuihnya.
Kita boleh tidak bersetuju tetapi
bercakaplah dengan baik kerana bercakap dengan baik pun memberi makna yang sama.
Fikir-fikirkanlah pandangan ini kerana bahasa itu melambangkan bangsanya.
Dengan kata-kata kita itu ia
melambangkan samada kita ini adalah dari keturunan sengkek atau dari keluarga
yang bertamadun.
Sumber : DISINI
No comments:
Post a Comment