RAKYAT TIDAK PEDULI AZMIN MINAT ATAU TIDAK UNTUK BANGKIT
BERHIMPUN
JIKA Azmin Ali ada hak untuk menegur
tindakan DS Anwar Ibrahim yang bekerja siang malam menyedarkan rakyat tentang
penipuan pilihanraya, aku juga berminat untuk menegur Timbalan Presiden PKR
ini.
Pertamanya tahniah kerana
menjelaskan beliau akan terus bersama parti dan ingin bersama rakyat.
Tentang isu perhimpunan rakyat membantah penipuan pilihanraya yang bakal
diadakan di setiap negeri, jika Azmin tidak berminat untuk turut serta beluau
tidak harus menyekat kebangkitan rakyat untuk terus berjuang, bukan sahaja
setiap hari bahkan setiap kali mata berkedip. Azmin mungkin ada alasan
untuk tidak berminat apatah lagi beliau telah menang selesa. Mungkin satu
hari nanti Azmin akan berkata buat apa adakan ceramah hari-hari?
Azmin berkata, ada cara lain untuk
menentang penipuan pilihanraya iaitu siapkan bukti dan bawa ke mahkamah untuk
petisyen pilihanraya. Aku mahu tanya Azmin, tidakkah beliau sedar bahawa
semuanya itu telah pun kita mulakan di mana Sdr Rafizi, Pengarah Strategi PKR
telah diamanahkan untuk mengumpul semua bukti tersebut? Adakah Azmin
fikir itu kerja yang sudah memadai tanpa rakyat dimaklumkan perkara sebenar?
Azmin pernah dituduh melakukan
perkara sumbang di dalam tandas. Mengapa Azmin tidak laporkan sahaja
kepada Polis atau menyaman pihak yang menyebarkan aksi tidak senonoh yang
kononnya dikatakan beliau itu? Mengapa Azmin ke hulu ke hilir berceramah
untuk mempertahankan dirinya dan menerangkan isu fitnah tersebut? Mengapa
tidak dihentikan setakat membuat laporan Polis?
Azmin harus faham, untuk berdepan
dengan rejim zalim ini tidak cukup dengan hanya bergantung kepada laporan atau
mahkamah kemudiannya duduk diam. Jika ini yang kita amalkan sejaktahun
1998, nescaya Azmin pun tidak akan merasa menjadi YB sampai sekarang.
Isu tentang perlantikan MB Selangor,
memang semua maklum bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah dipersetujui oleh
rakan-rakan di dalam PR, tambahan pula beliau telah buktikan beliau mampu
mentadbir Selangor dengan efisyen dan cemerlang. Jadi, tepatlah jika
Presiden Parti menamakan Tan Sri Khalid sebagai calon MB Selangor.
Soal kononnya Presiden masuk campur
urusan di dalam parti di Selangor, aku mahu tanya Azmin adakah beliau lebih
berhak camportangan urusan parti di negeri-negeri lain? Adakah Azmin mahu
nafikan ini semua?
No comments:
Post a Comment