DUA EKOR ANJING UMNO/BN NI ANGKAT TELUNJUK BAGI ISYARAT PADAN MUKA PR KAMI BERJAYA MEMENANGKAN UMNO/BN
Kenyataan dari timbalan pengerusi
SPR dengan terang dan jelas mengutuk pembangkang (PR).Wajarkah SPR mengutuk
begitu? Siapakah SPR, parti komponan BN? Kalau pembangkang mengambil keputusan
untuk turun ke jalanrayapun.
SPR tiada hak mengutuk sebegitu
rupa.Yang peliknya SPR hadir dimajlis penerangan PRU yang dianjurkan oleh BN
tetapi menolak untuk berdebat dengan pembangkang dengan alasan pembangkang
boleh menghantar petisyen di mahkamah.Pelik sungguh perangai pengadil
pilihanraya di negara kita.
Nampak jelas SPR bercakap bagi pihak
BN walaupun sepatutnya tiada kenyataan yang dibuat untuk mengutuk pihak yang
bartanding.Pembangkang ada hak membantah dengan cara apapun asalkan bukan
kekerasan dan SPR sebagai pengadil tiada hak mempersoalkannya.
Sepatutnya SPR tampil dengan bukti
jelas bahawa mereka tidak menyebelahi BN dan menjawab semua pertikaian
pembangkang mengenai pendaftaran warga asing yang diberi IC, penggunaan dakwat
kekal dan lain lain rasa tidak puas hati pembangkang.Bukan sekadar mengatakan
SPR tiada kuasa kerana sebagai pengadil, SPR mesti adil dalam semua
segi.Lagipun kalau SPR ada kuasa yang tidak terhad untuk mengubah peraturan
piliharaya, kenapa SPR tiada hak untuk memastikan semua pengundi adalah warga
negara yang sah.
Lebih pelik lagi apabila timbalan
pengerusi SPR boleh menyatakan tindakan pemuda dari kuantan adalah salah di
sisi undang undang dan boleh didakwa tanpa menyatakan kelalaian SPR mendaftar
namanya dua kali yang membolehkan dia mengundi dua kali.Kenapa pemuda itu yang
salah, SPR tidak salah?
Satu lagi hal yang pelik, ialah
apabila timbalan pengerusi menyatakan kehairannya kepada tindakan pemuda itu
membawa keluar kertas undi kerana menurutnya banyak mata yang menyaksikannya
jadi mana mungkin dia boleh menyeludup kertas undi tersebut.Timbalan pengerusi
SPR agaknya lupa bahawa dalam hampir kesemua keputusan PRU yang diwartakan, ada
jumlah kertas undi TIDAK DIKEMBALIKAN dicacatkan, ke mana perginya kertas undi
ini.
Perkara ini melondehkan kelemahan
SPR mengendalikan pilihanraya Malaysia bukan mempersoalkan tindakan pemuda itu membawa
keluar kertas undi.Sudahlah tidak mahu mengaku salah, disalahkan pula orang
lain dengan angkuhnya.
Inikah sikap SPR di negara kita? SPR
bukan pengadil tetapi bertindak mempertahankan parti yang memerintah! Seperti
dalam perlawanan bola sepak, SPR menjadi pemain kedua belas bagi team BN. ~tranungkite
No comments:
Post a Comment