KUALA LUMPUR: PAS dan PKR sama-sama mengecam insiden pengeboman dan melontar bahan letupan di dua lokasi, Nibong Tebal dan Parit 9, Baroh, Sungai Leman, Sekinchan yang berlaku semalan dan hari sebelumnya.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dihubungi Harakahdaily awal pagi ini berkata insiden itu tidak bertanggungjawab dan bertujuan mewujudkan suasana ketakutan di suasana politik yang hangat ini.
“Polis diharap cepat bertindak dalam penyiasatannya agar perkara ini tidak berulang,” kata beliau.
Di Facebook beliau semalam, Tuan Ibrahim mengajak rakyat berfikir dengan serangkap pantun dan poster.
Pantunnya berbunyi:
Lima tahun lamanya ceramah Pakatan diserang.
Samseng, baling batu, kepala pecah, tayar pecah.
12 hari sebelum mengundi tiba-tiba ceramah BN diserang.
Benda-benda pelik macam ni lu sendiri pikirlah.
Pantun tersebut mendapat 1,500 Likes.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut memuatkan satu poster di Facebook yang berbunyi:
“Sudah teruji untuk 12 PRU dan lebih 55 tahun… PAS setiap kali kalah pilihan raya, tidak pernah ada huru-hara, sebaliknya mencuba lagi untuk memenangi hati rakyat.”
Poster itu disambut hangat dan dishare di merata Facebook.
Dua hari lepas, media melaporkan ada kejadian letupan berhampiran lokasi bilik gerakan BN di Nibong Tebal.
Pihak polis dilaporkan menemui bahan letupan ubahsuai (IED) dalam timbunan sampah berhampiran lokasi sama pagi ini.
Semalam, kejadian insiden sama turut berlaku di bahagian depan bangunan Bilik Gerakan BN di Sekinchan.
Ia terbakar dipercayai dilempar dengan dua bom petrol oleh orang tidak dikenali pagi ini.
Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa siasatan dilakukan dengan segera untuk mencari dalang yang bertanggungjawabkan mencetuskan insiden yang sengaja mewujudkan ketakutan.
"Masa letupan dan lokasi alat-alat ini adalah sangat mencurigakan dan jelas bertujuan untuk mewujudkan ketakutan dan gangguan memprovokasi," kata Anwar.
Pilihanraya umum ke 13 diramal oleh ramai pemerhati dan ahli politik sebagai PRU yang berpotensi menyaksikan kejatuhan Umno-BN buat kali pertamanya dalam sejarah negara.
"Kami tidak apa mahu dikatakan selain mengecam tindakan mereka yang cuba membahayakan nyawa orang awam di Malaysia.
"Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang dari Pulau Pinang, untuk sentiasa berwaspada, bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang mungkin timbul," tegas Anwar lagi.
No comments:
Post a Comment