KESILAPAN KECIL AKAN MEMUSNAHKAN HARAPAN
Dengan kuasa yang begitu besar dan
otot yang besar, UMNO masih tidak mampu mengekang kemaraan Pakatan Rakyat dalam
menghadapi Pilihanraya kali ini. BN mempunyai media massa arus perdana yang canggih
sedangkan Pakatan Rakyat hanya mempunyai media alternatif yang sama-sama
dipergunakan oleh pihak BN. Jalan yang sebenarnya ada kepada pihak Pakatan
hanyalah majlis ceramah yang diadakan setiap hari di seluruh negara.
Sekarang kekuatan Pakatan Rakyat
adalah sama dengan kekuatan BN. Pakatan Rakyat walaupun menghadapi kesukaran
untuk berhubung dengan rakyat melalui saluran TV perdana mereka (rakyat) tetap
jelas memberikan sokongan. Ini adalah bukti yang rakyat berkendakkan
pembaharuan yang besar kepada kehidupan bernegara. Keadaan 50/50 kali ini
mencemaskan BN khususnya UMNO sehinggakan BN hanya membubarkan Parlimen pada
3hb April yang lalu kerana mereka (BN) dalam keadaan terdesak.
Apabila keadaan seperti ini wujud,
mana-mana pihak yang melakukan kesilapan kecil akan menghadapi kekalahan. Jika
BN melakukan kesalahan lagi ia akan mempastikan BN itu kalah. Begitu juga di
pihak Pakatan Rakyat. Jika PR melakukan kesilapan kecil dan di tarik balik
sokongan oleh hanya segelintir masyarakat yang mengundi maka Pakatan akan
menghadapi kekalahan. Mana-mana pihak tidak boleh mengambil ringan tentang isu
ini.
Tetapi apabila keadaan 50/50 seperti
yang berlaku sekarang ini, kewajaran untuk Pakatan Rakyat untuk mendapat undi
kemenangan itu lebih mudah kerana graf sokongan rakyat terhadap PR sedang
meninggi dan ditambah pula dengan kesalahan-kesalahan yang di lakukan oleh BN
dalam banyak perkara selalu terjadi sekarang ini. UMNO akan menghadapi masalah
untuk mengumumkan calon di setiap kawasan kerana sedikit permainan ‘cah keting’
di kalangan ahli-ahlinya sudah pasti membawa mudharat terhadap UMNO itu.
Kesalahan yang dilakukan di satu
kawasan dalam beberapa isu penting akan memberikan kesan kepada kawasan-kawasan
lain. Mencalonkan seorang yang ‘winnable’ di satu kawasan itu tidak semestinya
membawa kebaikan jika calon ‘winnable’ di kawasan itu adalah pimpinan besar
tetapi mempunyai masalah besar kepada diri mereka dari sudut persepsi rakyat
seluruh negara.
Contoh nya, jika Ibrahim Ali
terpaksa menjadi calon BN di Pasir Mas dan disokong oleh Dr Mahathir dan
mendapat kemenangan, ia akan menjejaskan UMNO di seluruh negara kerana Ibrahim
dipersepsikan sebagai seorang yang terlalu ‘controversial’ bagi seluruh rakyat
terutama nya di kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi dari berbilang kaum.
Keadaan yang serupa akan dialami
oleh mana-mana parti samada dari pihak BN atau pun dari pihak pembangkang.
Meletakkan calon di suatu tempat itu akan mempengaruhi kawasan-kawasan lain
kerana pemilihan calon-calon di satu kawasan itu menunjukkan sikap parti itu
sendiri.
Jika sikap yang ditunjukkan itu
memberikan gambaran yang tidak selari dengan apa yang dijanjikan oleh sesuatu
parti itu, maka rakyat akan berfikir banyak kali untuk terus menyokong
parti-parti tersebut. Isu ini menjadi isu besar apatah lagi keadaan sama kuat
di antara pihak pemerintah dan pembangkang sekarang. Kesilapan yang kecil akan
memberikan impak yang besar terhadap keputusan pilihanraya, lebih-lebih lagi
dari kumpulan atas pagar yang agak besar kali ini. Rakyat perlu ingat
parti-parti dalam Pakatan Rakyat kini bukan lagi parti-parti pembangkang tetapi
sebaliknya parti-parti ini adalah parti-parti ‘altenative’ yang mempunyai
‘consequence’ besar dalam pilihanraya kali ini.
Kedua-dua pihak akan menghadapi masalah
yang sama, iaitu untuk mendapatkan pengundi di atas pagar. Selalunya pengundi
di atas pagar ini akan mementingkan kredibiliti sesebuah parti itu. Kredibiliti
sesebuah parti akan dinilai dari kesungguhan parti parti itu melakukan apa yang
mereka janjikan dalam hal politik negara sekarang ini.
‘Communal politics’ sudah menjadi
elemen yang telah ‘outmoded’ buat generasi sekarang ini. Jika ada bayangan yang
sesebuah parti itu masih terbelenggu dengan ‘communal politics’ ini pengundi di
atas pagar lah yang akan menentukan kemana arah ‘pattern’ pengundian semasa
hari mengundi itu nanti. Bayangan itu tentu lah mudah di lihat dari senarai
calon-calon yang diturunkan oleh parti-parti itu.
Sebenarnya isu-isu dalam masa
berkempen sekarang sudah difahami oleh ramai rakyat dan itu bukan lagi menjadi
isu untuk diperbesar-besarkan. Yang menjadi pemerhatian rakyat sekarang
bagaimana seriusnya sesebuah parti itu benar-benar melaksanakan perjuangan
sesebuah parti itu.
Pihak mana yang membuat kesilapan
akan mendapat kerugian dan inilah yang selalu terjadi dalam
pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Peralihan 2% atau 3% undi sahaja akan
menentukan menang kalah mana-mana pihak kali ini.
Bagi rakyat yang penting bagi mereka
sekarang ini ialah perubahan, bukan sahaja dari perubahan parti politik yang
memerintah, tetapi juga berusaha untuk memilih perubahan suasana dan sikap
politik yang boleh memantapkan pengurusan negara dan negeri.
Mana pihak yang berkemampuan untuk
menjadikan rasuah sebagai sejarah dan tidak menunjukkan sikap politik komunal
parti itulah yang akan mencapai kejayaan. Parti itulah yang akan berjaya
menambat hati rakyat yang sedang dalam pencarian ini.
Kita lihat dan telah banyak membaca
sejarah, kuasa yang besar yang disandang sebegitu lama akan hilang kerana
kerakusan pimpinannya dan kufur terhadap nikmat yang mereka dapat sekian lama..
Ada juga sejarah yang membuktikan
kuasa yang hampir diperolehi terlepas dari genggaman mereka semata-mata kerana
kesilapan kecil dan sikap yang menakutkan rakyat terpancar pada saat-saat
matlamat mereka tercapai.
Kewarasan pimpinan mana-mana parti
untuk membayangkan apa yang mereka katakan dalam paparan mereka terhadap rakyat
dalam siri kempen mereka sekarang ini menjadi salah satu dari elemen penentu
dalam pilihanraya kali ini.
JANGAN LETAKKAN HIDUNG DI DAHI
Apabila kita mendengar guruh
dilangit jangan dibuang air dalam tempayan dahulu. Itulah nasihat orang-orang
tua kepada mereka yang terlalu ghairah dengan kejayaan untuk mendapat sesuatu
yang banyak. Tunggu hujan lebat itu turun dahulu, barulah boleh kita buang air
dalam tempayan itu. Jika pokok durian kita baru berbunga, belum tentu lagi ia
akan memberikan buah yang lebat. Jika ia berbuah lebat pun tidak semestinya
isinya tebal dan enak dimakan. Selalunya durian yang berisi nipis ini bau nya
kuat tidak terhingga.
Dalam sejarah peperangan yang
dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW baginda memberikan air minuman yang dicampurkan
dengan rumput kering yang bersih di dalam air minuman itu. Tujuan baginda
memberikan air yang dicampurkan dengan rumput kering yang bersih itu ialah
untuk mengelakkan dari tentera Islam meminum air dengan gelojoh kerana terlalu
dahaga. Matlamat Nabi SAW itu ialah untuk mereka meminum air itu dengan
perlahan-lahan agar tidak tercekik air yang tidak mustahil membawa maut.
Begitu juga yang sedang berkuasa
atau yang akan mengambil-alih kuasa politik negara. Jangan terlalu ghairah
kerana rakyat sedang memerhatikan mereka dengan rapi. Jangan tunjukkan sangat
lahap dengan kuasa semata-mata kita yakin akan berkuasa atau mengekalkan kuasa.
Rakyat sudah bijak membaca keadaan dan menyelam air dalam tunggak.
Sikap pemimpin dan parti ini yang
sebenarnya boleh dilihat dan diperhatikan dari tindak laku mereka yang kita
lihat sekarang ini. Jika kita tunjukkan sifat lahap kita itu, nanti rakyat
tidak percaya dan menarik balik sokongan. Setidak-tidaknya sekarang ini
tunjukkan sifat kepimpinan yang halus dan bersih dari tuduhan mana-mana pihak
yang mereka akan menjadi sesat-barat apabila mendapat kuasa.
Rakyat nampak perkara ini dengan
jelas dan mereka (rakyat) bukannya manusia yang boleh dipermainkan seperti yang
telah mereka alami selama ini. Kita mesti ingat rakyat akan tuai apa yang
terbit. Hormatlah kepada empunya negara ini, iaitu rakyat yang ramai-ramai ini.
Elakkan dari rakyat tertuai padi
yang hampa dan tidak berisi. Nanti rakyat kecewa dan akan melalui kepayahan
dalam kehidupan mereka. Rakyat tidak mahu pihak yang berjaya itu berebut-rebut
di kalangan pemimpin mereka segala harta rampasan perang. Harta rampasan perang
mesti masuk ke dalam perbendaharaan negara bukannya diambil-alih oleh pemimpin
yang gila harta.
Jangan sombong dengan kuasa pinjaman
Tuhan ini. Hidung kita mesti diletakkan pada tempatnya yang betul, bukannya
diletak di atas dahi kita. Tangan pula jangan terlalu panjang. Bercakap biar
beralas dan teratur, jangan tunjukkan sifat sombong.
Tunduk lah kepada Tuhan Maha Esa.
Jangan tunduk kepada hawa nafsu. Sesungguhnya pemimpin yang baik itu adalah di
kalangan orang yang berakhlak dan terhindar dari kerja-kerja yang menjilikkan.
Pimpinan yang melakukan kerja
menjilikkan akan melalui kepayahan untuk menyambung mandat seperti yang dialami
oleh pimpinan sekarang. Mereka mundar mandir memuji diri dan melekehkan orang
lain tidak berhenti-henti.
Kita boleh belajar dengan beberapa
cara. Pertamanya ialah melalui kesilapan dan kesalahan kita sendiri. Tetapi
cara yang terbaik ialah kita belajar dari kesilapan orang dan pihak lain.
Sumber : Aspanalias.blogspot.com
No comments:
Post a Comment