Politik
murahan: Ikrar integriti hanya retorik
KUALA LUMPUR:
Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa kempen politik murahan
khususnya tindakan menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat menjelang Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU 13) dihentikan serta merta.
Badan pemikir itu berpandangan, kegagalan kerajaan menghentikan politik murahan ini membuktikan tandatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ikrar Integriti Pilihanraya hanyalah sebuah retorik di samping menghina konsep pilihan raya bebas dan adil.
"KPRU berpendapat serangan peribadi ini merupakan amalan politik murahan yang tidak wajar mendapat tempat di sebuah masyarakat bertamadun seperti Malaysia.
"Malangnya, politik murahan dijangka ini akan berlangsung sehingga selesainya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kerana kebencian BN terhadap Pakatan Rakyat tidak mengenal erti moral atau batasan.
"Sebagai sebuah parti politik yang melaungkan semangat patriotik, perpaduan dan kematangan, tindakan serangan peribadi mencerminkan semangat kebencian dan tidak matang yang bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh BN," kata KPRU dalam satu kenyataan.
Menurut KPRU, serangan peribadi telah dilancarkan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan antaranya ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, calon kerusi Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hingga ke bekas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, calon kerusi Parlimen Pandan Rafizi Ramli, calon kerusi Parlimen Batu Tian Chua, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan yang terbaru ke atas Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali.
Tegas KPRU juga, rakyat Malaysia sudah meluat dengan politik murahan yang tidak membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak dan tidak membawa sebarang kesan positif kepada ekonomi atau politik negara.
"Ia hanya akan memakan diri BN, menambah kebencian rakyat kepada BN dan mencemari reputasi dan maruah pemimpin Pakatan Rakyat.
"Ia hanya mencerminkan obsesi Malaysia dengan politik murahan terutamanya politik seks di mata dunia. Dalam kata asas, ia merupakan sejenis tingkah laku yang memalukan nama Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa komuniti antarabangsa," katanya.
3 comments:
Perbuatan jelek dan jijik Umno sedikitpun tidak mencalarkan integriti pemimpin2 Pakatan, khasnya Anwar Ibrahim. Malah sebaliknya. Lihat saja himpunan ribu2 yang datang dalam hujan dan kelam malam pada sessi jelajah beliau. Yang tercalar dan terpalit adalah Umno danm pemimpin2 mereka. rakyat sudah sampai tahap jijik dengan parti lapuk tersebut, lebih2 lagi dengan perangai mereka yang mempamerkan seolah2 mereka tidak ada moral dan agama langsung. Benar kata admin, hanya malaikat maut akan menamatkan penderitaan yang sedang ditanggung oleh Umno.
Terima kasih tuan kerana memberi komen yang sangat bernilai. Begitulah yang menjadi sunnahtullah apabila ia semakin menemui ajal, dia akan penuh gelisah kerana dia banyak buat dosa.
Sy sebagai Golongan atas pagar telah hilang rasa hormat dan makin meluat kepadada budaya politik Lucah dan membunuh Karekter spt ini,dan sy menolak penaja budaya ini iaitu UMNO..
UMNO usah cuba menafikan kata2 sy ini krn penaja kepada politik Lucah ini masih hidup dan bergerak dlm masyarakat iaitu Bekas PM,iaitu Mahathir..Maaf kerana sy jelek nk menyertakan Gelaran Tun dan Juga nama Muhammad dibelakang nama Mahathir ini krn perbuatannya menyemai benih politik Lucah semata-mata untuk menimbulkan keraguan terhadap tahap moral pesaingnya..Beliau tidak layak dianggap negarawan dlm peta minda sy krn beliau adalah mahaguru kpd politik lucah..Bermula dgn menciptakan imej Lucah bg sosok tubuh Anwar Ibrahim dimata rakyat dengan fitnah dan adu dombanya,perbuatan ini menjadi ikutan generasi pelapisnya..
Bg sy jika Tun ini masih hidup,selagi itulah negara ini ditimpa bala iaitu kejahilan dan keseronokkan mencipta aib bg merendahkan wibawa pesaing politik..
Lihatlah kini,budaya Lucah ini disemai dikalangan cyber trooper mereka yg siang malam memburu Laknat dari Allah,Rasul dan para Malaikat di langit dan dibumi dengan rekayasa2 yg bertujuan utk memusnahkan imej pesaing mereka..
Mereka ini berhati Syaitan dan tidak akan berhenti selagi Allah tidak menghentikan mereka dengan bala atau Kifarah ditimpakan kpd mereka atau ahli keluarga mereka akibat perlakuan buruk mereka ini..
Selagi perbuatan ini tidak dihentikan Selagi itulah Tun yg seorang ini mendapat saham krn beliau adalah pelopor kpd idea sesat lg menyesatkan ini..
Fitnah bg mereka umpama mainan,mereka tidak sedar perbuatan ini darjatnya adalah Fasiq disisi Allah dan dosa yg lebih besar dari membunuh akan tercatat dlm buku amalan mereka selagi mereka tidak bertaubat dan menyesali perbuatan Fasiq ini..
Bg sy perbuatan ini adalah pekerjaan org2 yg sesat pegangannya,rapuh Tqlidnya dan nipis imannya,malah imannya kadangkala terbit dan kadangkala terbenam..
Golongan ini tidak layak meimpin rakyat dan sesiapa yg masih bersama mereka hanyalah menempah tempat di Neraka jika tidak mahu berhenti..
Post a Comment