Bekas IGP: Bukti memadai untuk siasat
semula SD Bala
Bekas ketua polis negara Tan Sri
Musa Hassan berkata terdapat bukti yang mencukupi untuk membuka semula siasatan
ke atas kes pengakuan berkanun kedua mendiang P Balasubramaniam.
"Orang yang terlibat, saya ras
ini bukti baru... Jika ada bukti baru maka siasatan perlu dibuka semula,"
kata Musa dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada dakwaan oleh peguam Americk Sidhu bahawa peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham bertanggungjawab ke atas pengakuan berkanun kedua Balasubramaniam mencukupi untuk membolehkan polis membuka semula siasatan.
Malaysiakni sebelum ini meminta penjelasan Cecil namun peguam kanan itu enggan mengulas.
Pengakuan kedua Balasubramaniam mendakwa SD pertama, yang mengaitkan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, dibuat dalam keadaan tertekan.
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini menegaskan polis tidak akan membua semula siasatan kes berkenaan sekiranya ia hanya "perkara lama yang diungkap dengan cara baru", melainkan terdapat bukti baru.
"Saya tidak tahu apa dia maksudkan dengan 'perkara lama diungkap dengan cara baru'. Tapi kenapa tidak (buka semula siasatan)? Ada bukti baru," katanya.-MK

No comments:
Post a Comment