Oleh:
Tok Janggut
Memalukan, memualkan dan menjijikan
sekali apabila melihat akhlak dan tindakan puak Melayu yang sebangsa dengan
kita apabila sanggup membuat fitnah, mengugut, mengganas ala samseng dan
merekacipta video lucah demi kerana kuasa sehingga sanggup mengaibkan sesama
bangsa. Pernahkah kita mendengar perkara seumpama ini dilakukan oleh DAP
terhadap bangsa mereka dari MCA dan Gerakan? Sedangkan DAP tidak ada Al Quran
dan hadis Nabi yang menghalang mereka dari untuk melakukan semua kerja keji dan
jahat itu terhadap MCA dan Gerakan.
Tetapi
mengapa mereka tidak lakukanya? Inilah yang membezakan antara
akhlak puak Melayu UMNO dengan Cina DAP. Kebusukan hati, sifat
kemunafikan yang tebal dan tunduk kepada syaitan puak UMNO punca mereka sanggup
melakukan semua ini tanpa memikirkan dosa pahala dan balasan yang bakal menimpa
di alam barzah dan di akhirat kelak. Sedangkan terang dan jelas dalam
Quran dan Hadis Nabi memberi amaran bahawa sesiapa yang melakukan kerja-kerja
terkutuk seperti ini, semua amal ibadahnya ditolak oleh Allah SWT.
Apakah
tidak malu kita dengan Cina DAP yang akhlak mereka tidak seteruk Melayu UMNO yang
mendakwa UMNO juga berjuang untuk Islam. Kaedah Islam dari mana yang
mereka ikut sebenarnya? Islam ala Mahathir? Ala Zul Nordin? Ala Hassan
jati? Ala Ibrahim Ali atau ala Abdullah Samaah? Apakah ada kaedah
Islam yang membenarkan penganutnya membuat kerja keji seperti ini demi untuk
mempertahankan kuasa? Ini semua sebenarnya adalah ajaran syaitan
laknatullah. Malahan tindakan keji puak UMNO jika dibandingkan dengan
Zionis pun tak akan sama kerana Zionis tidak melakukan kerja terkutuk seperti
apa yang UMNO buat ini terhadap sesama bangsa (zionis) mereka sendiri.
Namun bagitu UMNO sangat kecewa kerana video lucah mereka sudah tidak
dipedulikan oleh rakyat dan rakyat sudah tidak percaya lagi kerana rakyat tahu
bahawa yang suka bahan lucah seperti zina hanyalah puak-puak UMNO sahaja.
Jika video seks pemimpin UMNO yang tersebut, rasanya 200% rakyat akan percaya
kerana zina, judi dan arak serta rasuah dan UMNO umpama irama dan lagu.
Ada
yang ingin menunjukan mereka lebih hebat dari Allah sehingga sudah boleh
mentafsir apa yang akan berlaku dalam negara dan bangsa Melayu sekiranya PR
menang dalam PRU13 kelak, sedangkan semua yang belum berlaku adalah di dalam
ilmu Allah, manusia tidak akan mampu untuk menafsirkanya. Sepatutnya
kehancuran, kerosakan Islam, bangsa dan negara sekarang ini yang wajib
difikirkan dan mesti dihentikan dengan cara merehatkan UMNO/BN dari terus
berkuasa. Adakah manusia seperti Mahathir, Zul Kulim, Hassan Ali, Ibrahim
Ali dan Abdullah Samaah itu yang hendak rakyat jadikan rujukan dan terpedaya
dengan iklan dan omong palsu mereka itu? Cuba nilai akhlak mereka-mereka
ini dari cara percakapan, tindakan dan akhlaknya, ada ciri-ciri Islam atau
tidak? Yang terserlah hanyalah hati yang terlampau busuk, dengki, dendam
dan kemunafikan yang tebal. Ini sifat syaitan dan iblis! Rasanya akhlak Lim Kit
Siang, Lim Eng Guan lebih baik dari lima orang makhluk perosak masyarakat ini.
Keamanan
sesebuah negara itu adalah ditentukan oleh Allah. Allah sudah memberitahu
dalam kitabnya bahawa sekira penduduk sesebuah negara itu bertaqwa kepadanya
akan Allah limpahkan baraqoh yangmana penduduknya akan rasa aman tenteram dan
pemimpinya pula tunduk serta patuh dengan syariat Allah. Bukanya aman seperti
yang digembar-gemburkan oleh UMNO sekarang ini yangmana pemimpinya siang malam
menipu rakyat, menghina syariat Allah, buat fitnah. Yang aman hanyalah puak
UMNO kerana mereka rasa aman merompak harta negara dan harta rakyat, mereka
rasa selamat dan selesa mengganggu majlis orang lain, makan rasuah, rampas tanah
rakyat, gadai maruah negara (projek ic Mahathir)simbah cat, baling batu,
belasah orang, bunuh orang, buat fitnah video seks tanpa siapa pun boleh ganggu
dan halang. Inilah keamanan ala UMNO.
Berpuluh
tahun Mahathir berkuasa dan terlalu banyak kerosakan yang berlaku malahan
sanggup menggadaikan negara dengan “projek ic” nya di Sabah. Mahathir
layak digelar sebagai “Bapak pengkhianat, petualang dan perosak agama, bangsa
dan negara” tetapi manusia inilah yang disanjung oleh rakyat yang telah
rosak hati dan akhlaknya. Sepatutnya manusia begini tempatnya ialah di
penjara Sungai Buluh. Namun begitu manusia-manusia yang lima orang inilah
menjadi penjaja murahan untuk menjual barangan busuk, keji, kotor milik UMNO.
Mereka
rekacipta juga bahawa pembangkang akan cetuskan huruhara jika
kalah...pembangkang terutamanya PAS dan biasa dengan kekalahan sejak berpuluh
tahun, tetapi berapa kalikah PAS membuat huruhara akibat kekalahan itu? Kedah,
Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang UMNO kalah, siapakah yang selama lima
tahun ini yang sering mencetuskan huruhara? Sekarang ini UMNO masih
berkuasa, belum kalah pun lagi di Pusat, tetapi sudah kerapkali mencetuskan
ketegangan, gangguan ala samseng, huruhara terhadap rakyat di ceramah dan
majlis PR dan cuba bayangkan kalau ditakdir mereka kalah kelak dalam
PRU13 ini, bagaimana ganas lagi agaknya mereka ini nanti. Yang pelik
pihak polis boleh tengok saja tindakan ganas puak-puak UMNO ini. Apakah
polis sememangnya diarahkan supaya jangan mengganggu tindakan samseng UMNO
ini. Kalau benar, apa akan jadi dengan negara nanti? Oleh itu berfikirlah
wahai semua rakyat Malaysia, apakah wajar untuk kamu terus menyokong dan
memberikan undi kamu kepada UMNO/BN lagi? Kezaliman mereka sudah berada
dipuncaknya tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun. Lupakah kita kepada
amaran Allah “jangan kamu cenderong/sokong golongan yang zalim, kelak kamu akan
disambar oleh api neraka”. Dan amaran yang lain “dirikanlah solat sesungguhnya
solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”. Ini bermakna dengan
jelas dan terang bahawa sokong kita terhadap UMNO yang jelas zalim itu
membuatkan kita akan sama disambar api neraka kelak dan juga membuktikan bahawa
solat kita dan lain-lain ibadah yang kita lakukan selama ini hanya sia-sia
kerana ia tidak mampu untuk mencegah kita dari bersekongkol dengan golongan
yang sentiasa membuat kerja keji dan mungkar seperti UMNO itu. Ibadah pun Allah
tolak, nak dapat pahala bagaimana?
Sudah
telalu banyak didedahkan akan salahguna kuasa, penyelewengan, penipuan,
kezaliman, rasuah, fitnah, samseng, video lucah, kerja jenayah dan berbagai
perbuatan terkutuk lagi kepada rakyat. Angkara siapakah semua itu? DAP?
MCA? Gerakan? MIC? TIDAK & BUKAN!...semuanya ini adalah angkara puak
UMNO. Apakah golongan seperti ini yang hendak kita berikan undi dan
sokong? Jika ya, maka samalah akhlak kita dengan UMNO ini yang akan
menghancurkan negara nanti. Rendahnya maruah dan moral kita di hadapan
masyarakat bukan Melayu/Islam sebenarnya.
Oleh
itu, berazamlah kita semua untuk sama-sama menguburkan UMNO/BN dalam PRU13 yang
tidak berapa lama lagi ini demi untuk agama, bangsa dan negara. Ditangan
UMNO/BN selama ini telah terbukti negara makin hancur, akhlak dan iman umat
Islam makin lebur. Yang menyerlah dikalangan mereka hanyalah
pemimpin-pemimpin yang berakhlak buruk, yang rosak iman dan menjadi mainan
syaitan. Jangan terpedaya lagi dengan janji manis mereka lagi, cukuplah
dengan kepalsuan mereka selama ini. Henti dan rehatkan mereka untuk
selamanya. Selagi mereka berkuasa selagi itulah negara tidak akan aman,
harta negara dan harta rakyat tidak akan selamat. Apatah lagi jika nrgara
mempunyai lebih ramai manusia seperti Mahathir, Zul, Hassan& Ibrahim, maka
akan bertambah punahranahlah negara jadinya. Namun kita yakin, seandainya
PRU13 ini pertembungan hanya antara DAP dan UMNO sahaja, majoriti rakyat
termasuk orang Melayu lebih rela mengundi DAP dari UMNO yang terkenal
akan lebih teruk dan jijik akhlaknya dari puak DAP.
Kepada
Tok Pa, tak payahlah nak susah-susah minta Dato Mustafa Ali letak jawatan
kerana tuduhan terhadapnya dalah perancangan puak suruhan UMNO, semua orang
tahu bahawa kerja-kerja kotor dan keji dalam negara sejak dari dulu adalah dari
tangan UMNO. Elok saja Tok Pa minta Najib yang letak jawatan kerana sudah
banyak bukti yang mengaitkan Presiden UMNO itu dengan kes bunuh warga
Monggolia, Fitnah liwat 2 Anwar Ibrahim dan rasuah jutaan ringgit kapal
selam. Apakah manusia berakhlak begini yang hendak dijadikan terus
sebagai Perdana Menteri Malaysia? Patutlah bermacam musibah dan bala yang
Allah turunkan sejak zaman Mahathir berkuasa lagi yang terkenal dengan sikap
diktator dan memerintah ala Firaunya sehingga di contohi ke zaman Najib
ini. Tidak insaf lagikah dengan berbagai amaran dari Allah selama ini?
Apakah tidak terfikir dengan akal dan ilmu kita bahawa dengan menyokong dan
mengundi UMNO itu boleh membawa kepada kesyirikan dan kekufuran? Mahathir
dan Najib cuba bercakap tentang aqidah di hadapan orang Melayu sedangkan aqidah
mereka berdua dan puak-puak UMNO itu sendiri masih boleh dipertikaikan.
Mahathir
kata ramai ulama tinggalkan PAS kerana mendakwa PAS sudah tersasar jauh,
sedangkan yang sebenarnya bukan PAS yang tersasar jauh tetapi ulama-ulama itu
sebenarnya sudah tersesat dan tersasar jauh kalau tidak masakan mereka sanggup
menyokong UMNO yang dipimpin oleh puak yang kerjanya menghina syariat Allah dan
sunnah Nabi, buat fitnah, rasuah, menipu dan berbagai maksiat dan kemungkaran
lagi. Namun begitu, sehebat-hebat Mahathir pun akhirnya tersungkur di kaki
Rosmah dan tersembam di kaki Ibrahim Ali juga akhirnya. Sebenarnya DAP
bukanya dalang sebenarnya menyebabkan Melayu tersisih dan terhina tetapi UMNO
dan Mahathirlah puncanya Melayu jadi merempat dan melarat. Rakyat sudah
merasakan susah hidup di bawah UMNO yang memerintah ala Zionis dan
Kominis. Kini jangan lepaskan peluang untuk merubah nasib bersama Pakatan
Rakyat dalam PRU13 nanti.Wallahualam.
No comments:
Post a Comment