DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, April 25, 2013

SAMPAI BILALAH KITA AKAN KENA KENCING DENGAN SPR MENIPU NAK MENANGKAN UMNO-PENIPUAN SECARA TERANCANG OLEH SPR SEDANG DIJALANKAN SECARA SENYAP-SENYAP

I . PKR dakwa peti undi SPR dibawa ke lokasi 'rahsia'

PKR mendakwa mendapat maklumat mengenai dakwaan bahawa peti undi yang sepatutnya dihantar ke ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, didakwa telah dialihkan ke sebuah lokasi "rahsia".

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa sebuah kenderaan yang membawa peti undi ke ibupejabat SPR di Putrajaya bertemu dengan Pajero SPR di laluan keluar lebuh raya dan dibawa ke satu alamat rahsia di jalan SC2 di Zon Perindustrian Sg Chua di Kajang.

Beliau mendakwa demikian dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Anwar mendakwa di lokasi rahsia, beg polyester besar mempunyai logo SPR dan dipercayai mengandungi peti undi, kemudiannya dipunggah.

Katanya, ini memerlukan penjelasan segera mengapa ia dilakukan dengan cara yang mencurigakan.

Menurut Anwar, seorang pemberi maklumat telah memaklumkan kepada mereka mengenai kejadian itu yang dikatakan berlaku pada 8 April.

Beliau menunjukkan kepada media gambar-gambar beg polyester itu yang diambil oleh pemberi maklumat tersebut, tetapi tidak mengedarkan kepada mereka, atas alasan perlunya melindungi identiti pemberi maklumat itu.

II. Pengundi Pakistan, IC Sabah, mengundi di Perak

IPOH: PAS Perak telah mengesan banyak pengundi yang diragui berada di negeri ini.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Ahmad Nuri berkata, sebanyak 4,095 pendaftar pemilih yang mendaftar kad pengenalan di Sabah telah dikesan mengundi di Perak.

Katanya, di Parlimen Tanjung Malim sahaja, terdapat 146 pengundi yang mendaftar kad pengenalan di Sabah termasuklah 30 daripadanya berketurunan Pakistan.

“PAS Perak hairan kenapa pengundi Pakistan kesemuanya mempunyai kad pengenalan Sabah dan kenapa tidak dari negeri lain,” katanya kepada Harakahdaily.

Ustaz Nuri menjelaskan, ini telah membuktikan projek IC Sabah yang dilakukan oleh BN benar-benar berlaku di negara ini.


PAS, katanya merasakan pengundi berketurunan Pakistan itu adalah hasil daripada projek IC sabah yang dilakukan oleh BN.

Ini bermakna katanya, projek IC tersebut bukanlah digunakan di Sabah sahaja tetapi di seluruh negara.

“Kami mempersoalkan kenapa pengundi berketurunan Pakistan ini mendaftar di tempat lain termasuk di Tanjung Malim.

“Adakah mereka ini wujud di semua kawasan di seluruh negara?” soal beliau lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan seluruh jentera di semua peringkat mengesan individu-individu tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

“Inilah berlaku di negara ini apabila pemimpin sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing bagi berusaha memastikan mereka terus berkuasa di negara ini.

“PAS sangat kesal dengan tindakan ini namun kami yakin usaha kotor ini tidak akan menjadi penghalang untuk kita menawan Putrajaya pada pilihanraya ini,” tegasnya lagi.

No comments: