Doa Kekalkan K'tan, Walau 30 Minit Dlm Hujan..
KOTA BHARU:
Puluhan ribu yang memenuhi Padang Perdana di sini, malam tadi tidak
menghiraukan hujan lebat berdoa kekalkan kerajaan Kelantan dan ubah Putrajaya.
Imam solat hajat, ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamad
Mustafa dan ribuan jemaah basah kuyup.
Cuaca mendung sejak pagi berlarutan sehingga tengah malam, sekali sekala lebat, namun tidak mematah semangat puluhan ribu yang hadir. Perhimpunan Kelantanku Hijau dengan pelancaran kempen K (Kekal) bermula jam 5 petang. Ribuan anak muda berarak motosikal dari Lembah Sireh ke Padang Perdana.
Bendera PAS dikibar sambil membonceng motosikal manakala penumpang kereta pula mengibarkan di atas kenderaan. Suasananya seperti hari mengundi. Pengarah program, Zulkapli Yaacob berkata lebih 10,000 anak muda berhimpun sejak petang lagi jauh melebihi sasaran. Kenderaan terpaksa diparkir di merata tempat. Selepas solat Maghrib, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Mahmood dan jalan di sekitar stadium semakin sesak.
Kehadiran treler PAS For All menjadi pentas utama. Ramai turut bersila di bawah treler untuk berlindung daripada hujan. Pengerusi bersama program berkenaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perhimpunan itu tidak menyalahi peraturan dan sah di bawah Akta Perhimpunan Aman. Beliau juga berkata, sekiranya kerajaan baru dapat dibentuk di Putrajaya nanti antara perubahan yang akan dibuat iaitu mengumumkan lebih awal tarikh pilihan raya umum ke-14.
"Selain itu jaminan untuk memastikan semua parti politik mendapat ruang lebih seimbang di media cetak dan elektronik," katanya.
Hadir sama pada program berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.Perhimpunan itu juga dihadiri masyarakat bukan Islam, Cina dan India. Gimik pelancaran K dilakukan Ahmad menekan butang dengan tembakan bunga ke udara.
Orang ramai tidak berganjak sehingga ke akhir program biarpun hujan sepanjang malam. Solat sunat hajat seusai solat Insya itu diimamkan mantan Adun Demik, Ustaz Mohamad Mustafa. Seperti sering dilakukan, doanya panjang hampir setengah jam, dalam bahasa Arab dan Melayu antaranya
“Ya Allah, kami berdoa kepadaMu dengan doa-doa yang pernah nabi kami, Nabi Muhamad saw dan Nabi-Nabi dan Rasul terdahulu memohon kepadaMu disaat-saat baginda dalam kondisi dan posisi diancam musuh.
"Gagalkan segala tipudaya jahat musuh-musuh kami sebagaimana Engkau gagalkan perbuatan khianat mereka kepada Nabi-Nabi dan Rasul, seterusnya berilah kemenangan kepada kami”
Tiada seorang pun berganjak, biarpun hujan semakin lebat di akhir doa. Situasi malam tadi adalah difinasi daripada sebuah kekutan luar biasa yang pernah ditunjukkan rakyat Kelantan untuk tetap bersama kepimpinan ulama dalam mengurustadbir negeri bergelar Serambi Mekah dan seterusnya mara ke Putrajaya. (IH)
No comments:
Post a Comment