DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, April 23, 2013

PERANGKAAAN: ADAKAH UMMAT ISLAM HILANG KUASA BILA PR MENANG?




Oleh: ahmadhadeed (TKO)

Pihak UMNO (BN) banyak memainkan isu hilang kuasa politik Ummat Islam dalam kain rentang dan akhbar dengan mengguna orang ugama dan pondok. Adakah ini bertepatan dengan statistic atau ia hanya cubaan akhir menipu pengundi Muslim. Inshaalah saya cuba mengupas ini dengan menggunakan perangkaan yang saya analisa sendiri dari data SPR dengan menggunakan perisian computer dan meramal samaada PR akan menang atau tidak.

Jumlah kerusi parlimen yang di pertandingkan ialah 222 kerusi. BN  dan DAP PAS dan PKR berebut untuk mendapatkan kerusi ini untuk memerintah dan bagi PR untuk  mengguling kerajaan rasuah dan corrupt BN. BN telah mencuri duit rakyat selama 55 tahun dan semua tidak mahu lagi menyambung perbuatan jahat ini selama 5 tahun lagi. Dari jumlah 221 kerusi ( tolak Pasir Mas bebas) BN menyenaraikan 130 calun Muslim dan 91 calon bukan Muslim. Kita mesti ingat bahawa kita mesti mengelakkan double counting kerana DAP, PKR non muslim   akan berlawan dengan calon non muslim MCA, MIC dan PAS, PKR muslim  akan melawan UMNO. Oleh itu kita boleh anggap 130 kerusi Parlimen akan di rebut oleh UMNO dan PAS/PKR calon muslim dan 91 kerusi direbut oleh MCA MIC dan DAP/PKR calon non musim. Berikut adalah perincian nya ( lihat data di bawah)

Andaikanlah  sentiment penggundi Cina mahukan perubahan tinggi dan 70 peratus menggundi DAP atau calon non muslim PKR maka undi DAP ialah 32 dari 47 kerusi di tandingi ( tolak 4 calon melayu DAP)dan calon PKR non Muslim akan mendapat 24 dari 34 kerusi di tandingi . PAS pula kalau di anggap 50 peratus pengundi  akan mengundi PAS, maka PAS mendapat 36 kerusi parlimen dari 72 yang di tandingi. PKR calon Muslim pula di anggap menang 50 percent juga maka kerusi Muslim PKR ialah 33 dari 65 kerusi ditandingi. Ini bermakna UMNO mendapat 61 kerusi dari 130 kerusi  kawasan muslim yang di tandingi. MCA MIC dll pula akan menang 35 kerusi.

Adakah PR akan menang? Jawabnya ya..PR akan ke Putra jaya.
 
Dari jumlah yang dikira PAS akan dapat 36 kerusi parlimen, DAP 32 kerusi dan PKR 57 kerusi. Jumlah nya ialah 125 kerusi dan ia melepasi 111 kerusi yang di perlukan untuk membentuk kerajaan melainkan SPR membatalkan nya atau dharurat di ishtihar.

Adakah Ummat Islam menjadi kuasa politik kecil apabila PR menang. Jawab nya ..tidak. Kalau di campur kerusi Parlimen PAS 36.. PKR muslim 33 maka jumlah nya 69 berbanding  56 kerusi gabungan DAP , PKR bukan muslim. Maka kata kata UMNO dan BN bahawa kuasa politik ummat Islam bila PR menang terhakis adalah BOHONG.

Adakah akan berlaku bertukaran pelembagaan ..jawabnya tidak. Selain dari mesti di lulus di Dewan Negara, jumlah Kerusi Parliament Ummat Islam ( termasuk umno) ialah 130 dan non muslim 91.

Perlu di maklum bahawa analisa ini adalah untuk menjawab tipu daya UMNO yang ingin terus menipu ummat islam dan orang Melayu tanpa belas kasihan dan tanpa jemu jemu. Di samping itu ia berlandas kepada andaian andaian tertentu mengikut penganalisis.

 Saya juga memohon ampun dari Allah swt jika apa yang saya tuliskan ini akan memudharatkan Ummat Islam. Ya Allah ampunlah hamba Mu yang lemah ini, sesungguhnya aku hanya berjuang untuk menegakkan ugama Mu dan mencegah munkar yang sudah berada pada tahap bongkak dan angkuh.

 parti           calon musim      calon non  jumlah
BEBAS
56
23
79
BERJASA
9

9
BERSAMA
1

1
BN
130
91
221
DAP
4
47
51
KITA
1
1
2
PAS
72

72
PCM

2
2
PKR
65
34
99
SAPP

8
8
STAR
9
19
28 

swp   ( 6 non muslim)





No comments: