Oleh Muda
Mohd Nor
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen.
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen.
Bekas
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim
berkata, sepatutnya parlimen terbubar sendiri pada 28 April ini.
Beliau
berkata, berikutan itu penamaan calon yang dijadualkan esok dan mengundi pada
5.Mei hendaklah ditunda kepada satu tarikh lain dalam tempoh 60 hari selepas 28
April.
Beliau
mendakwa, Najib tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan jawatannya sebagai
Perdana Menteri.
Dalam
bulan November 2011 beliau telah membawa kepengetahuan Ketua Polis Negara dan
Menteri Dalam Negeri secara bertulis berkaitan pembikinan afidavit palsu oleh
Najib yang sekali gus mencetuskan persoalan kesahihan upacara majlis angkat
sumpah jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ke-6, pada 3 April 2009.
Mat
Zain berkata, beliau telah mengemukakan beberapa lagi surat terbuka berkaitan
persoalan kesahan majlis angkat sumpahyang turut disalinkan kepada Najib, Ketua
Setiausaha Negara, Peguam Negara, Pengerusi SPR dan lain-lain pihak berkuasa.
`Afidavit
palsu’
“Perkara
Najib mengangkat sumpah tidak mengikut sepertimana peruntukan Perlembagaan dan
perkara beliau mengikrarkan afidavit yang boleh dibuktikan sebagai palsu, bukan
lagi perkara rahsia, bahkan telah diketahui umum dan pihak berkuasa sejak
November 2011.
“Sepatutnya
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membawa
maklumat perkara pembikinan affidavit palsu oleh PM ini kepada kabinet dan
merujukkan perkara kesahan angkat sumpah PM ke-6 kepada Mahkamah Persekutuan
sejak akhir 2011 lagi,” katanya dalam surat terbuka kepada Pengerusi SPR, Tan
Sri Aziz Mohd Yusof.
Mat
Zain berkata demikian dipercayai mengulas keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS)
Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.
Beliau
mempersoalkan jika pengaduan berkaitan pemilihan parti DAP yang dibuat kepada
ROS dan Menteri Dalam Negeri, berkaitan perkara yang berlaku dalam bulan
Disember 2012, boleh diberi keputusan kelmarin, mengapa pula persoalan perkara
yang lebih penting mengenai Perdana Menteri dan negara, yang dikemukakan pada
bulan November 2011 kepada KPN dan Menteri Dalam Negeri, tidak mereka hiraukan.
“Bukankah
Hishammuddin ,Menteri Dalam Negeri yang mengawal ROS dan Polis ketika pengaduan
dibuat adalah orang yang sama?” tanyanya..
Patut
bawa ke kabinet
Sepatutnya
Hishammuddin telah membawa maklumat perkara pembikinan afidavit palsu oleh
Perdana Menteri ini kepada kabinet dan merujukkan perkara kesahihan
angkat sumpah PM ke-6 kepada Mahkamah Persekutuan sejak akhir 2011 lagi.
Rakyat
berhak untuk mendesak kerajaan supaya menunjukkan sikap bertanggung jawab untuk
menjelaskan kepada rakyat secara terbuka hasil penyiasatan, khasnya mengenai
persoalan kesahihan Najib melaksanakan fungsi jawatan Perdana Menteri Malaysia
ke-6, berdasarkan aduan yang telah dikemukakan kepada kerajaan itu.
Menurut
Mat Zain lagi, bagi Pengerusi SPR pula, sekiranya beliau mampu memberikan
respon serta merta mengenai surat ROS kepada DAP itu, maka beliau seharusnya
mampu menjawab persoalan bertulis yang diemail kepada beliau pada 15. Aparil
lalu mengenai sama ada PM patut menggunakan nama Mohd.Najib sepertimana
terdapat dalam daftar pemilih ataupun Najib sahaja, seperti yang PM ikrarkan
dalam afidavit beliau, ketika mengisi borang penamaan calon.
“SPR
perlu merujuk perkara ini dahulu kepada mahkamah yang telah menerima dan
membuat sesuatu keptutusan kehakiman berkaitan dengan affidavit yang dikrarkan
oleh PM itu,” katanya..
Ataupun,
SPR menolak borang pencalonan Najib bersandarkan butir peribadi beliau
yang mengelirukan atau lain-lain jawapan yang munasabah, kata Mat Zain. - FreeMalaysiaToday
No comments:
Post a Comment