Pakatan kuasai hampir
separuh kerusi sasaran di Johor
Dalam suasana kempen yang hanya
berbaki enam hari lagi, Pakatan Rakyat Johor dipercayai telahpun bertapak kukuh
di hampir separuh daripada 11 kawasan parlimen yang disasarkannya di Johor dan
kini bergerak dengan lebih agresif di enam lagi kawasan.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan masih perlu memastikan 10 kerusi dari Johor, Sabah dan Sarawak berada di tangannya untuk membolehkan gabungan parti itu membentuk kerajaan di Putrajaya.
Lima kerusi di Johor tersebut adalah Gelang Patah, Bakri, Kluang, Kulai dan Segamat, yang mengandungi antara 46 hingga 56 peratus majoriti pengundi Cina.
Selain Bakri, yang dimenangi Pakatan dalam pilihan raya umum 2008, empat kerusi lain menunjukkan ciri-ciri sama:

- Peratusan pengundi Cina tinggi
- Jumlah penduduk bandar kelas pertengahan yang besar
- Kehadiran yang ramai di ceramah pembangkang sejak dua minggu lalu
- Ditandingi pemimpin utama parti dengan kekuatan jentera yang besar
Formula Pakatan untuk memenangi
kawasan ini adalah dengan meningkatkan sokongan Cina kepada lebih 75 peratus
dan mengekalkan sokongan 25 hingga 30 peratus dari kalangan pengundi Melayu.
Sekiranya trend yang ditunjukkan ini berterusan sehingga akhir tempoh kempen, MCA mungkin akan tewas di tiga kerusi – Kulai, Bakri dan Kluang – daripada tujuh kerusi yang ditandinginya.
DAP pula mungkin menjadi parti pembangkang paling besar di Johor dengan empat kerusi parlimen diikuti PKR dengan satu kerusi.
Nurul kena kerja 2 kali ganda, kata Anwar

Diibaratkan umpama mentimun melawan
durian, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya anak perempuannya
Nurul Izzah berhadapan dengan pertarungan sukar dengan menteri penuh Datuk Raja
Nong Chik Zainal Abidin.
"Nurul Izzah (mesti) bekerja keras dua kali ganda memandangkan semua kekuatan yang menentangnya," kata Anwar dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Anwar yang juga bapanya mendakwa, dengan segala dana dan jentera kerajaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan digunakan untuk membantu menteri yang secara peribadinya memang sudah kaya.
Bagaimanapun, beliau percaya anak sulungnya itu bersedia dengan cabaran mempertahankan kerusi itu atas sikap realistik dan kerja kerasnya.
Sebagai penyandang anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berdepan dengan Raja Nong Chik yang juga menteri pembangunan wilayah dan kesejahteraan bandar.
Malaysiakini

SKANDAL DI TINGKAT 4
PUTRAJAYA
No comments:
Post a Comment