Tibai Muhyiddin sudah, tak payah
babitkan anak dia
Penarik Beca
Bila Tan Sri Muhyiddin Yassin
baru-baru ini menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, saya tengok orang-orang
PAS melibas balik dengan membantai anak dia, Najwa.
Saya rasa tak payah la buat gitu
kot. Leave her alone.Bantai Muhyiddin sudah la. Di bawah ni ada cerita fasal
Mamat tu:
Pada 2009 dahulu, mungkin ramai yang
membaca berita tentang dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak pernah menjual
tanah walau seinci pun kepada Singapura.
Malangnya, apa yang telah terjadi
adalah sebaliknya. Beliau pernah didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan
syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.
Dakwaan itu terkandung dalam fakta
kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.
Walaupun fakta kes tersebut tidak
menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan
kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat
itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.
Mengikut dokumen Majlis Peguam,
syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.
Asian Wall Street Journal 16/6/95
melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989
syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya
Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah
syarikat itu.
Dokumen itu menyatakan, menurut
AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak “yang bertindak untuk diri mereka
sendiri dan Muhyiddin”
Menurut dokumen itu juga, pihak yang
diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama
tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh
Stamford.
Syarikat usahasama itu kemudiannya
menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya
bagi kegunaan industri.
Kerajaan Johor pula meluluskan
permohonan itu dengan “begitu pantas”, dakwa Stamford di dalam samannya di mana
ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah “meraih keuntungan bersih sebanyak
RM83.2 juta”.
Masalah di antara kedua-dua pihak
tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi
“begitu tamak”.
Mereka mahu mewujudkan usahasama
kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100
setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.
Bila Stamford berkeras mahu
mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar
tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu
bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang
ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh “mendatanganinya bila-bila
masa”.
AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri
mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang
pengarahnya bahawa “masa semakin singkat”.
Keadaan semakin tidak memihak kepada
syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah
tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.
Tindakan itu memaksa Stamford
menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung
akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu
melalui Akta Pengambilan Tanah.
Stamford mendakwa ketiga-tiganya
menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah
di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.
Kes itu diselesaikan apabila
Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada
Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan
membayar RM92.12 juta.
No comments:
Post a Comment