Reformasi 1998 akan bergema senantiasa, sejarah dan fakta tidak akan dapat dipadamkan begitu sahaja oleh sang penipu yang rakus.
Doi Moi.
Reformasi.
Reformasi.
Slogan keramat yang memecah suasana tenang politik Malaysia sesudah bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998.
Maka bermulalah gerakan besar-besaran rakyat yang bangun mempertahankan keadilan dan menyanggah kezaliman Mahathir dan kuncu-kuncunya sejak krisis ekonomi Asia setahun sebelumnya.
Jika diamati gerakan ini yang genap 13 tahun hari ini, telah banyak kebobrokan rejim Umno-APCO dibongkar satu persatu melalui serangan politik yang konsisten biarpun Anwar sendiri hidup di penjara selama enam tahun.
Masa itu aku bergelar mahasiswa tahun pertama yang terjun secara sukarela mengikuti perkembangan gerakan reformasi di Masjid Negara 20 September, 13 tahun lalu.
Dan setelah Anwar ditahan ISA buat kali kedua selepas Peristiwa Baling pada 1974, aku tidak berundur lagi bangun menentang rejim Umno-APCO di bawah Mahathir walaupun aku masih bergelar mahasiswa tahun satu.
Masih lagi aku teringat puluhan ribu rakyat tanpa diberi makan nasi bungkus, tanpa bas sekolah mengangkut rakyat, dan tidak takut akan ancaman dan ugutan Mahathir, masing-masing tekad mempertahankan Anwar yang sememangnya dizalimi dan dianiayi hanya kerana Mahathir menyelamatkan anaknya Mirzan yang rugi berbilion di MISC.
Dan, setelah 13 tahun berlalu, Anwar tetap istiqamah dengan pendiriannya bahawa rejim Umno-APCO mesti ditumbangkan untuk menyelamatkan Malaysia dari kemusnahan total tidak kira siapa pemimpinnya.
Cetusan gelombang tsunami 2008 membawa Anwar ke satu dimensi baru Pakatan Rakyat yang tidak pernah terduga Umno-APCO.
Padaku, selagi kita kekal menentang kezaliman, rasuah, penipuan wang rakyat dan menggadai kedaulatan undang-undang, aku yakin bahawa Allah SWT akan terus memberi hidayahnya sehingga kesemua kejahatan rejim Umno-APCO dimusnahkan satu persatu.
Pergerakan Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998.
Gerakan ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk perasaan dan perbarisan besar-besaran untuk menentang kerajaan campuran Barisan Nasional yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998, lalu pudarnya pergerakannya.
Sasaran kempen reformasi ialah Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mahathir Mohamad yang dipandang sebagai pemimpin yang korup dan sudah terlalu lama memegang jawatannya.
Kesan peninggalan gerakan reformasi akhirnya terasa ketika pilihan raya umum pada tahun 2008, apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Anwar Ibrahim memenangi 31 kerusi parlimen, dan bersama-sama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mematahkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen.
Di Sidang Kemuncak APEC 1998 di Kuala Lumpur, Naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Al Gore, memberi ucapan yang menyokong Anwar dan pergerakan reformasi di hadapan Mahathir dan pemimpin Asia-Pasifik yang lain.
"Demokrasi mengurniakan mohor keabsahan yang perlu untuk pembaharuan agar berkesan."
Tambahnya lagi: "Oleh itu, di kalangan negara yang mengalami krisis ekonomi, kita masih mendengar laungan demi demokrasi, laungan demi pembaharuan, dalam pelbagai bahasa - People Power, doi moi, reformasi.
Kita mendengarnya hari ini - di sini dan sekarang - di kalangan rakyat Malaysia yang berani."
Sebagai pengulas politik, bekas TPM Musa Hitam berkata "Jika pergerakan dan tunjuk perasaan "reformasi" harus diberi kepentingan dari segi politik Malaysia — seandainya ada apa-apa yang dapat saya katakan sebagai kesimpulan positif tanpa teragak-agak — ianya tidak berbaur perkauman.
Menakjubkan. ... lebih kepada isu daripada kaum. Saya kagum." Musa mengulas bahawa sebelum reformasi, "apa jua sekalipun tunjuk perasaan di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang sentiasa berbaur perkauman.
Sekalipun menentang kerajaan, mereka membakar kedai-kedai Cina."
Gerakan Reformasi ini membawa kepada penubuhan parti berbilang kaum yang bernama Parti Keadilan Nasional.
Menjelang pilihan raya umum tahun 1999, Parti Keadilan Nasional, PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif dalam inisiatif bersama untuk menggantikan kerajaan BN. Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, UMNO selaku parti utama dalam parti campuran BN menerima kurang separuh daripada jumlah undian kaum Melayu.
Walaupun begitu, Barisan Nasional kekal sebagai parti campuran terbesar di Parlimen, hasil sokongan padu dari bukan Melayu yang mengkhuatiri ketidakstabilan yang mungkin terjadi seandainya parti campuran pemerintah ditumbangkan seperti yang berlaku pada Mei 1969.
Pergerakan reformasi seakan-akan pudar selepas pilihan raya tahun 1999, diikuti pilihan raya 2004 apabila Parti Keadilan Nasional kehilangan semua kerusinya di Parlimen kecuali satu yang dipertahankan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim. Kemenangan besar BN pada tahun 2004 adalah berpunca daripada harapan tinggi terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan tempat Dr. Mahathir pada Oktober 2003.
Namun demikian, Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada September 2004, dan Parti Keadilan Nasional bangkit semula sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR menang besar di pilihan raya umum 2008, dengan memenangi 31 kerusi lalu menjadi parti pembangkang terbesar di Parlimen.
Selain itu, lima daripada sebelas kerajaan negeri di semenanjung Malaysia jatuh di tangan campuran PKR, PAS dan DAP yang kemudian membentuk Pakatan Rakyat.
Kerajaan BN buat pertama kalinya sejak tahun 1969, kehilangan majoriti dua pertiganya di Parlimen. Kali ini, kami sebagai rakyat Malaysia akan menjatuhkan regim yang zalim ini yang sudah berkuasa lebih 5 dekad. Kali ini merupakan masa yang paling sesuai untuk menumbangkan regim yang zalim, samseng, angkoh, sumbong dan berlagak seumpama FIRAUN.
No comments:
Post a Comment