DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, April 21, 2013

MAHATHIR BILA LAGI AKAN MENGIKUT JEJAK MARGARET HILDA THATCHER ATAU BARONESS THATCHER?

Berakhirnya riwayat si wanita besi Britain

MARGARET Hilda Thatcher atau Baroness Thatcher, disahkan meninggal dunia tanggal 8 April lalu di Hotel Ritz selepas mengalami serangan angin ahmar.

Sebelum ini, Maggie menderita sakit Alzheimer dan jarang tampil di khalayak umum. Kali terakhir beliau dimasukkan ke hospital adalah pada Disember lalu selepas terpaksa menjalani pembedahan minor membuang ketumbuhan dalam pundi kencingnya.

Mengimbas kembali detik kegemilangannya, Maggie pernah ditewaskan dua kali ketika merebut kerusi Parti Konservatif di Dartford namun dipilih menerajui kawasan Finchley pada 1959.

Dalam pilihan itu, beliau menang mudah dan dilantik sebagai ahli Dewan Rakyat pada usia 34 tahun.

Sewaktu pilihan raya umum 1970, Edward Heath melantik Maggie sebagai Menteri Pelajaran Britain.

Pada 11 Februari 1975, Thetcher yang ketika itu berusia 50 tahun dilantik sebagai Ketua Parti Konservatif dan beliau melantik William Whitelaw sebagai timbalannya.

Bagaimanapun, tindakan Maggie melantik Whitelaw mengundang kemarahan dan kekecewaan Heath yang menganggap wanita besi itu tidak adil dan setia kepadanya.


Pada tahun 1979, Kerajaan Buruh menghadapi masalah pertikaian perindustrian, mogok, pengangguran dan perkhidmatan awam.

Dalam pilihan raya umum pada yang tahun sama, Parti Konservatif memenangi 43 kerusi dalam Dewan Rakyat dan Maggie dilantik menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Britain.

Akibat krisis dalaman parti, Maggie meletak jawatan sebagai ketua Parti Konservatif dan Perdana Menteri pada 28 November 1990. Beliau kemudian digantikan oleh menteri kewangannya, John Major.

Ideologi Thatcherisme

Selama 11 tahun menjadi Perdana Menteri Britain, Maggie memperluaskan ideologi Thatcherismenya.

Malah, ideologi itu masih diguna pakai ketika pentadbiran John Major, Tony Blair, Gordon Brown dan David Cameron.

Pengkritik mendakwa, ideologi Maggie menyebabkan berlakunya ketirisan kos sosial di kalangan populasi Britain.

Sepanjang tiga penggal menjawat jawatan Perdana Menteri, Maggie telah memotong kesemua dana program kebajikan selain mengurangkan kuasa perdagangan dalam industri swasta.

Sektor pengeluaran dalam negara dilaporkan merudum sewaktu Maggie memerintah dan pengkritik percaya ia disebabkan faktor peningkatan pengangguran seluruh Britain.

Kira-kira 3.3 juta penduduk Britain berstatus penganggur dalam 1984, berbanding dengan angka 1.5 juta sewaktu Maggie mula memegang tampuk pimpinan dalam 1979.

Sebaik beliau mengumumkan peletakan jawatan pada 1990, sebanyak 28 peratus penduduk Britain berada di bawah paras kemiskinan dan jumlah itu meningkat kepada 30 peratus sewaktu calon Parti Konservatif, Jonh Major menggantikan Maggie pada 1994.

Lagu anti-Thatcher

Sejurus berita kematian Maggie diumumkan, masyarakat seluruh Britain yang benci dengan corak pemerintahannya meraikan detik itu.

Paling memeranjatkan sebuah lagu yang dimuatkan dalam filem Wizard of Oz berjudul Ding Dong! The Witch Is Dead mendapat kedudukan carta teratas selepas pengkritik menyamakannya dengan sifat Maggie.

Selain bersorak, ratusan penduduk Britain berhimpun di Trafalgar Square London sambil menyanyikan lagu berkenaan dan ia digelar sebagai lagu anti-Thatcher.

“Inilah saat yang ditunggu-tunggu,” kata Richard Watson, 45, sewaktu menyertai kempen meraikan kematian Maggie.

Beberapa kumpulan belia pula mengaku mereka sanggup mengadakan majlis tarian di atas kubur Maggie sebagai bantahan terakhir.

Lapor media tempatan, upacara pengebumian mayat Maggie bakal berlangsung pada hari Rabu dan pihak berkuasa tidak menolak berlakunya kejadian huru-hara di sepanjang laluan perarakan di tengah London.

Bagaimanapun, jika dilihat pada sudut positif, Maggie berjaya menghidupkan semula ekonomi Britain yang merudum sewaktu beliau memerintah.

No comments: