Badan
Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) meramalkan, UMNO akan kehilangan
banyak kerusi parlimen yang dipertandingkan pada 5 Mei 2013 sepertimana MCA
kehilangan kerusinya pada 8 Mac 2008.
KPRU
membuat ramalan ini berdasarkan beberapa faktor utama. Faktor pertama berkait
rapat dengan kejatuhan populariti Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri
Najib Tun Razak berbanding peningkatan populariti pemimpin Pakatan Rakyat
(PAKATAN) Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Suatu
tinjaun oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel) telah
menemui kadar kelayakan Najib untuk memangku jawatan sebagai Perdana Menteri
semakin berkurangan di mana hanya 39 peratus para respondan percaya Najib layak
untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim yang meraih 43 peratus
kepercayaan para respondan. Ini adalah pengurangan sebanyak 4 peratus daripada
tinjauan yang dilakukan pada awal tahun 2013. Ini adalah seiringan dengan
peningkatan dalam kepercayan PAKATAN untuk menjadi kerajaan baru pasca Pilihan
Raya Umum Ketigabelas (PRU13).
Sepertimana
MCA kehilangan sokongannya secara signifikan pada tahun 2008, UMNO kini
kehilangan sokongan secara signifikan. Kerana itu, strategi kempen BN
bergantung kepada seorang manusia bernama Najib yang dipaparkan sebagai
pemimpin baik, biarpun beliau tak berani berdepan dengan Anwar Ibrahim di
pentas yang sama dan berbahas dengan Anwar Ibrahim mengenai dasar dan manifesto
masing-masing sambil disiarkan secara langsung melalui televisyen.
Faktor
kedua adalah dasar 1Malaysia gagal untuk menaik taraf hidup rakyat Malaysia.
Najib mengumumkan bahawa kadar kemiskinan negara telah jatuh kepada 1.7 peratus
sahaja. Walhal ianya dijangka angka sebenar kadar kemiskinan dalam Malaysia
sebenarnya mencapai sebanyak 19 peratus mengambil kira kadar pendapatan isu
rumah kerajaan dan Laporan Tinjauan Kemudahan Asas 2009 yang diambil oleh
Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada masa yang sama, kerajaan BN terpaksa
membelanjakan hampir RM3 bilion bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M).
Begitu juga 60 peratus penjawat awam tidak mampu dari segi kewangan untuk
membeli rumah serta kegagalan Skim Rumah Pertamaku untuk membantu warga muda
untuk membeli rumah.
Jenama
1Malaysia juga dapat dilihat sebagai kegagalan Najib apabila kira-kira 250 buah
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka seluruh negara untuk membantu
memberikan barangan murah kepada rakyat Malaysia. Najib merancangan untuk
membuka lagi 57 kedai KR1M seluruh negara. Ini bermakna rakyat Malaysia tidak
mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membeli barangan berkualiti pada
harga yang berpatutan kerana kerajaan BN terpaksa membuka kedai runcit yang
menjual barangan murah pada harga yang lebih murah dari pasar raya seperti
Giant, Aeon dan 99 Speedmart.
Faktor
ketiga adalah insan bergelar Anwar Ibrahim yang mempunyai reputasi yang lebih
positif berbanding Najib khususnya dari segi keupayaan tadbir urus kewangan
negara dan penggubalan dasar baru yang dapat membawa pembaharuan seiring dengan
tuntutan sezaman.
Pada
tahun 2007, hutang negara adalah sebanyak RM267 bilion. Pada 2013, hutang
negara telah melonjak kepada RM502 bilion. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri
Kewangan, kadar defisit negara telah diubah menjadi kadar surplus dengan tahun
1998, sebelum Anwar Ibrahim dipecat, Malaysia mencapai surplus sebanyak 2.4
peratus. Keadaan surplus ini terus menjadi deifisit sejurus selepas Anwar
dipecat. Ini berbanding dengan kadar defisit di bawah Najib yang melonjak
kepada 5.4 peratus pada tahun 2010 di bawah pentadbiran Najib.
Dari
segi tenaga kerja pula, Najib juga gagal untuk menaikkan jumlah tenaga kerja
mahir dalam negara memandangkan 80 peratus tenaga kerja dalam negara hanya
mempunyai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berbanding dengan reputasi
Najib, reputasi Anwar Ibrahim lebih positif di mata orang awam. Contoh keadaan
ini adalah kaum India tidak mempunyai sebarang minat terhadap soal peribadi
Anwar dan melihat skandal seks terhadap Anwar hanya sebagai taktik kotor
politik UMNO. Berbalik kepada reputasi Najib pula, tindakan kerajaan di sebalik
nama Pejabat Pendakwa Raya, perbicaraan liwat terhadap Anwar sebenarnya
mencemari reputasi Najib dan pentadbiran beliau sebagai taktik kotor politik
murahan.
Bukan
sahaja kaum India mengambil keputusan tidak mempedulikan kehidupan peribadi
Anwar Ibrahim, malah menurut tinjauan yang dibuat oleh UMCEDEL, 54 peratus
responden kaum Melayu setuju Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri
berbanding Najib yang hanya meraih sokongan sebanyak 28 peratus.
Faktor
keempat yang akan mempengaruhi keputusan di PRU13 ini adalah dasar Najib yang
dilihat sebagai lemah dan tidak berpendirian tetap. Ini mengikut 10 kes dasar
‘flip-flop’ yang pernah dilaporkan oleh KPRU[1] yang berlaku di bawah
pentadbiran Najib. Antara 10 kes tersebut adalah terdiri daripada dasar
‘flip-flop’ Lynas, kegagalan pertukaran saham Malaysia Airlines dan Air Asia
sehingga kepada pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas
penentangan oleh para penjawat awam.
Kegagalan
Najib untuk berpendirian tegas kepada dasar-dasar negara yang mempengaruhi
kehidupan harian menunjukkan beliau tidak mempunyai keupayaan untuk membawa
Malaysia kepada arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Ianya juga
memberi gambaran bahawa Najib tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memutuskan
dasar yang paling efektif demi rakyat tanpa mengayakan kroni-kroni beliau.
Faktor
kelima adalah skandal-skandal yang kembali menghantui Najib dan pentadbiran
beliau. Antara skandal-skandal yang kembali menghantui Najib adalah skandal
Scorpene, Altantuya, kritikan terhadap tindakan melampau ke atas para peserta
perhimpinan Bersih 2.0 dan 3.0, skandal National Feedlot Center (NFC),
kegagalan pentadbiran Najib mengendalikan pencerobohan Lahad Datu dengan pantas
dan efektif, skandal perbicaraan liwat terhadap Anwar Ibrahim, skandal kroni
AES, skandal kroni emel 1Malaysia, skandal kotor melibatkan Ketua Menteri
Sarawak dan keluarganya serta kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap
Ketua Menteri Sarawak, kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap
skandal yang melibatkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Nazri Aziz, skandal
melibatkan isteri beliau, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor dan cincin
bernilai RM24 juta, skandal perkauman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysa,
(Perkasa) yang mendapat perlindungan dan kelulusan pentabiran Najib dan yang
terkini, kegagalan pentadbiran Najib menangani masalah keganasan politik yang
kian berleluasa dan semakin bahaya.
Ekoran
skandal-skandal ini, rakyat mendapat gambaran bahawa soal rasuah yang kononnya giat
dibanteras oleh Najib sebenarnya, sebaliknya digalakkan oleh Najib. Ianya
kelihatan seperti Najib lebih rela melindungi kroni-kroninya dari membantu
rakyat keluar dari belenggu hutang dan kemiskinan.
Keadaan
ini lebih jelas dengan rujukan dibuat kepada tinjauan yang dibuat oleh badan
bukan kerajaan, Merdeka Center yang memetakan peratus sokongan terhadap Najib
semenjak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menter sehingga tahun 2013.
*Graf
dipetik dari Merdeka Center
Graf
1 menunjukkan sejak April 2012, kepercayaan orang awam terhadap prestasi
sebagai Perdana Menteri kian berkurang dan ini dibalas dengan peningkatan
peratus dalam kadar tidak puas hati orang awam terhadap prestasi Najib sebagai
Perdana Menteri. Penurunan kepercayaan kepada prestasi Najib bermula pada
Disember 2011 di mana sokongan 71 peratus telah mengalami kejatuhan berterusan
sehingga Januari 2013 di mana sokongan tersebut adalah sebanyak 61 peratus.
Manakal perasaan tidak puas hati pula kian menunjukkan peningkata bermula Mei
2012 dari 23 peratus meningkat kepada 32 peratus pada Januari 2013.
PRU13
melihatkan Najib sudah semakin tidak releven di mata rakyat Malaysia
berdasarkan kelima-lima faktor yang telah disebutkan di atas. Kelima-lima
faktor ini akan mempengaruhi keputusan PRU13 ini di mana ianya akan menjadi
penentu hala tuju rakyat sama ada untuk memilih PAKATAN atau BN sebagai kerajaan
baru untuk lima tahun akan datang. Dan mengikut maklumat di atas, peluang untuk
PAKATAN memenangi PRU13 adalah lebih cerah daripada BN.
[1] http://kpru2010.wordpress.com/2013/01/31/kpru-najib-as-the-most-indecisive-prime-minister-of-malaysia/
No comments:
Post a Comment