KUALA LUMPUR:
Dua peguam, Americk Sidhu (peguam P Balasubramaniam) dan Cecil Abraham bakal
disapina oleh Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan ekoran dakwaan
penyelewengan pembelain kapal selam Scorpean.
Menurut kenyataan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel dan peguam mereka, Fadiah Nadwa Akuan Bersumpah satu dan dua (SD 1 dan 2) P Balasubramaniam kini menjadi isu dalam penyiasatan oleh mahkamah Perancis ini.
Menurut kenyataan itu, pada 19 April lepas kedua-dua mereka telah dipanggil secara tergesa-gesa oleh peguam mereka di Perancis yang mengendalikan kes ini iaitu William Bourdon dan Apoline Cagnat.
Hakim yang mengendalikan kes ini, menurut kenyataan Suaram, Roger LeLoire and Serge Tournaire telah mendapat maklumat dari pelbagai sumber tentang kematian wanita Monggolia, Altantuya Shaaribuu.
Dalam misi itu, mereka telah berbincang tentang:-
1) Penemuan penting tentang peranan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal Scorpean dengan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribuu.
2) Penemuan baru berkaitan dengan SD 1 dan 2 dan penyataan PI Bala sejurus sebelum kematiannya, tentang hubungan Najib dan keluarga secara langsung dalam kes ini dan pendedahan peguam Americk Sidhu dalam mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam pada 16 Mac 2013.
3) Hakim utama dalam kes ini, Roger Le Loire, telah meminta maklumat lanjut bagaimana penyataan terkini berkaitan dengan penyiasatan yang sedang berjalan.
Mahkamah Perancis sekarang melanjutkan siasatannya ke atas maklumat berkaitan pembunuhan, khasnya dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Najib selaku timbalan perdana menteri ketika itu untuk menutup kebenaran di sebalik pembunuhan Altantuya.
4) Penyiasatan yang sedang berjalan sangat sulit dan menunggu lampu hijau dari hakim untuk didedahkan ke pengetahuan umum, harap-harapnya dapat dibuat beberapa hari lagi.
Hasil dari misi ini, kata kenyataan itu, peguam mereka telah memaklumkan kepada hakim maklumat terkini dan mencadangkan adanya unsur-unsur jenayah di bawah Penal Kod.
Ia termasuklah menghalang keadilan oleh Najib melalui pembikinan SD 2 yang mempunyai banyak unsur-unsur penipuan dan tidak mendapat pengarahan dari PI Bala.
"Sekurang-kurangnya dua pendedahan baru akan dibuat beberapa minggu ini selepas mendapat kebenaran hakim," kata kenyataan itu.
No comments:
Post a Comment