UMNO parti
kebangsaan Melayu. Apabila bertembung melayu dengan Islam, dahulukan Melayu.
Jika wujud Islam dalam UMNO, yang diambil hanya yang tidak bercanggah dengan
melayu sahaja.
Jika difahami ini, tidak hairanlah UMNO akan haprakkan bangsa selain Melayu, padahal perkara ini ditentang keras oleh Islam. dalam hadis, istilah ini disebut asobiyyah.
Apabila UMNO tolak islam, sudah pasti UMNO parti mengarut. Parti sesat menyesatkan. Pada mereka, melayu perlu dipertahankan, sampai satu tahap, sanggup memburukkan Islam di mata-mata non Muslim.
Tidak hairanlah MCA mencaci , menghina dan menolak Islam. sebab, Islam yang mereka tengok sejak Merdeka adalah Islam ala UMNO. Islam yang dicandukan demi kepentingan politik perkauman.
Untuk halalkan kezaliman, mereka gunakan nas Islam. untuk halalkan perkauman, mereka gunakan al-Quran dan As-Sunnah. Tidak hairanlah kalau non Muslim rasa pelik dengan Islam, seterusnya menolak dan menghina Islam.
Jika mahu rakyat faham Islam, UMNO wajib dilupuskan dari muka bumi Allah ini. Tarikh luput UMNO wajib disegerakan.Wajib pada 5.5.2013 ini. Buang UMNO.Yang peliknya, ada pula yang mendakwa pejuang Islam, masih lagi sayang kat Melayu. Buat apa pejuang Islam, kalau masih lagi bercakap soal Melayu. baik masuk UMNO sahaja.
Islam bukan perjuangkan Melayu, tetapi Islam pejuangkan hak semua manusia, tidak kira dia adalah Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, Arab, Amerika dan seterusnya.
Hak yang dipejuangkan oleh Islam, tidak hanya kepada orang Islam sahaja, tetapi kepada orang bukan Islam pun, diberikan hak yang adil lagi saksama.
Apabila UMNO parti mengarut, sesat menyesatkan, malah dilihat sebagai parti zalim. Menyokong UMNO merupakan satu dosa.
UMNO bukan parti yang mahu membina negara Islam, tetapi parti yang mahu membina negara bangsa yang tidak berasaskan kepada Islam. jika mereka berbicara tentang Islam, itu kena berhati-hati. Sebab, parti ini sudah mempunyai sejarah yang sudah dketahui umum bahawa parti yang suka tipu menipu.
Mereka menipu sejarah. Mereka menipu rakyat. Mereka menipu undang-undang dan banyak lagi penipuan yang dibuat oleh mereka, termasuklah PAS pernah ditipu dengan UMNO ketika bergabung dahulu.
Justeru, bila mereka bercakap Islam, maka bermulalah agenda penipuan mereka.
UNDI UMNO?
Kaedah fiqh ada sebut,
”tidak sempurna sesuatu perkara wajib, melainkan dengan melakukan sesuatu, maka melakukan sesuatu itu adalah wajib juga”
Solat yang wajib tidak boleh ditunaikan, melainkan kena sempurnakan syarat dan rukunnya. Antara syarat solat adalah wudu’, lalu tidak dapat berwudu’ kerana tidak ada air.
Air pula tidak dapat melainkan dengan cara gali telaga, maka hukum gali telaga adalah wajib.
Begitujuga menghapuskan kesyirikan, kesesatan dan tindakan mengelirukan Islam di Malaysia. Menghapuskan semua ini adalah wajib. Tidak dapat dihapuskan semua ini melainkan dengan hapuskan UMNO, maka hukum hapuskan UMNO adalah wajib.
Wajib bermaksud, buat dapat pahala, tak buat dapat dosa. justeru, usaha menghapuskan UMNO adalah dapat pahala, dan membiarkan UMNO hidup dapat dosa.
Pahala dikecapi dalam syurga, dan dosa dikecapi dalam neraka. Justeru, apakah hukum mengundi UMNO?
Fikir-fikirkanlah ....
Lihatlah ini kebangkitan rakyat untuk menghapuskan UMNO. Bakal PM ke-7 disambut begitu meriah srekali di ceramah Merdeka Rakyat di Kuala Pilah, NS.
No comments:
Post a Comment