Ramai hampa PM belum umum senarai
calon BN
10 April 2013 -SH
Para perwakilan yang mewakili parti komponen BN hadir pada Majlis Perjumpaan Bersama Pengerusi BN di Dewan Merdeka PWTC di Kuala Lumpur hari ini.
KUALA
LUMPUR - Banyak pihak yang menaruh harapan dan teruja untuk mengetahui senarai
calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana
diuar-uarkan media, menjadi hampa apabila ia tidak menjadi kenyataan hari ini.
Antiklimaks,
begitu kesimpulan yang boleh digambarkan terhadap harapan mereka untuk
mengetahui siapa yang akan ditampilkan BN sebagai calon-calonnya untuk pilihan
para pengundi pada 5 Mei nanti.
Bagi
pihak berkepentingan, terutamanya bakal-bakal calon, penantian penuh debaran
mereka nampaknya akan hanya berakhir dalam beberapa hari lagi.
"...belum
selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," kata Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Abdul Razak kepada pemberita selepas program perjumpaan Pengerusi BN
Bersama Jentera Pilihan Raya Parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di
sini, hari ini.
Najib,
yang juga Penerusi BN berkata proses memuktamadkan senarai akhir calon parti
itu masih belum selesai kerana pelbagai faktor perlu diambil kira dan
dipertimbangkan dengan teliti sebab BN hendak mengukuhkan peluangnya untuk
menang pada PRU-13.
Seorang
individu yang mengaku namanya antara yang disebut-sebut akan menjadi calon
berkata beliau sangat berharap Perdana Menteri akan membuat pengumuman itu hari
ini namun akan tetap bersabar sehingga mendapat kepastian mengenai perkara
itu.
itu.
Penulis
dan rakan-rakan sekerja yang juga pengundi berharap Najib akan segera membuat
pengumuman itu untuk mengetahui calon-calon BN di kawasan masing-masing kerana
ia sekali gus dapat melenyapkan khabar angin yang bertiup kencang berhubung
nama-nama yang akan menjadi calon di kawasan pilihan raya masing-masing.
Pada
perjumpaan hari ini, Perdana Menteri menjelaskan kepada jentera pilihan raya BN
bahawa penentuan kerusi dan calon parti itu adalah proses yang kompleks kerana
pelbagai faktor perlu diambil kira.
BN, kata Najib tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu sambil meminta anggota BN memahami hakikat bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri.
BN, kata Najib tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu sambil meminta anggota BN memahami hakikat bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri.
No comments:
Post a Comment