DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, April 17, 2013

DAP CABAR MCA NYATAKAN PENDIRIAN BERKAITAN ZUL NOORDIN



Penyandang kerusi parlimen Puchong Gobind Singh Deo mencabar pemimpin MIC dan calon BN untuk menyatakan pendirian ekoran tindakan parti berkenaan menamakan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin sebagai calonnya untuk kerusi parlimen Shah Alam.

Cabarannya itu timbul ekoran tuntutan dari kumpulan NGO dan parti politik mewakili masyarakat India yang masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf Zulkifli atas satu kenyataan didakwa menghina penganut Hindu.
Menurut Gobind, keputusan BN untuk menamakan Zulkifli sebagai calon itu merupakan satu tamparan oleh Umno kepada MIC dan juga pemimpin India lain dalam parti tersebut.
"Pemimpin MCA dan semua calon BN mesti membuat pendirian. Adakah mereka menyokong pencalonan Zulkifli dan pilihan perdana menteri untuk (kerusi) Shah Alam?," kata Gobind.
Kenyataannya itu merujuk kepada kenyataan Zulkifli dalam satu video yang antara lainnya menceritakan perbualan pemimpin PERKASA itu dengan seorang penjual berhala Hindu di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.
Perbualan itu antaranya memuatkanpersoalan
 sekitar kenapa tuhan di kedai itu tidak menahan air daripada memasuki kedai itu.
Zulkifli memohon maaf atas kenyataan tersebut, yang menurutnya dibuat ketika beliau taksub dengan ideologi PAS.
Kumpulan NGO mewakili masyarakat India bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataan maaf itu.
Dalam kenyataan hari ini, Gobind turut menimbulkan mengenai kemarahan pemimpin MIC ke atas pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia Ridhuan Tee Abdullah sebelum ini, atas satu tulisan yang turut mengguris perasaan masyarakat India.
Malah, pemimpin MIC Vell Paari juga sebelum ini mengancam untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat sekiranya tiada tindakan dikenakan ke atas Ridhuan.
Tulisan Ridhuan, yang disiarkan Sinar Harianpada pertengahan Februari lalu, antara lainnya mempersoalkan perayaan Thaipusam dan pembinaan rumah ibadat bukan Islam selepas pilihan raya umum ke-12.
"Pernahkah kita bersungut ketika perayaan Thaipusam? Seminggu sebelum perayaan, seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak. 
"Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tidak ada warna lain lagi di negara ini," kata Ridhuan dalam tulisan berkenaan.
Akhbar Sinar Harian terpaksa memohonmaaf
 atas penyiaran tulisan berkenaan, namun ia tetap dipertahankan PERKASA yang berpendapat Ridhuan tidak perlu meminta maaf.
Sehubungan itu, menurut Gobind, tindakan Najib menamakan Zulkifli sebagai 'calon transformasi' di Shah Alam merupakan tindakan yang tidak mempedulikan perasaan masyarakat India.
"MIC perlu menyatakan pendirian atas perkara yang amat serius ini. Mereka tidak boleh bercakap berdentam-dentum, dan kemudian meminta rakyat Malaysia menyokong BN.
"Jika MIC terus berdiam diri, yang mana mereka mungkin berbuat demikian kerana tiada keberanian untuk berdepan dengan Umno bagi mempertahankan masyarakat India, maka Vell Paari mesti melakukan sepertimana yang diancamnya sebelum ini, iaitu keluar dari MCA dan menggesa orang India agar tidak menyokong BN dalam pilihan raya kali ini," katanya.

No comments: