(Najib
dengan diiringi Muhyidin membuat pengumuman secara langsung pembubaran melalui
TV1)
KUALA LUMPUR: Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi
ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri.
Sehubungan
itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua
negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri
Sembilan yang terbubar dengan sendiri.
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat
pengumuman itu.
Dalam
ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan
jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan
raya umum nanti.
Beliau
juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar
mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu.
Dengan
pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk
menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon.
Pagi
tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda
bagi membubarkan Dewan Rakyat.
Najib bubar parlimen kerana desakan dalaman
Seri Najib Razak
hari ini dibuat selepas beliau mendapat tekanan hebat dari pihak dalam Umno BN
sendiri.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Najib sebenarnya tidak berhasrat untuk membuat pembubaran parlimen awal namun kerana ada desakan dan beberapa faktor yang dilihat 'sesuai' untuk pembubaran, maka pembubaran akhirnya dibuat hari ini.
"Saya mendapat info sebenarnya Njib tak berhasrat untuk membubarkan parlimen awal. Tapi sebab dia dapat desakan dari dalam dan dia melihat seolah-olah ada sedikit kekecohan dalam Pakatan Rakyat soal pembahagian kerusi.
"Jadi dia menggunakan kesempatan ini untuk membubarkan parlimen," katanya yang dihubungi Harakahdaily.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, jika Najib membubarkan parlimen atas maklumat bahawa hubungan Pakatan Rakyat 'retak' ekoran pembahagian kerusi, telahan Najib tersebut ternyata silap.
"Tapi sebenarnya Najib silap kerana soal pembahagian kerusi Pakatan dah selesaikan awal.
"Kerjasama pakatan kekal malah semakin utuh dan kita dapat selesaikan pembahagian kerusi secara cepat," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman pembubaran parlimen oleh Najib yang disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Dengan pembubaran tersebut juga, Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.
Semalam, Mustafa membayangkan kemungkinan PRI13 hanya akan berlaku selewat-lewatnya akhir Mei memandangkan Najib dilihat tidak bersedia.
Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan semua parti khususnya BN supaya dapat bertanding secara gentleman, bersih, dan tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi prinsip pilihan raya.
"PAS harap pimpinan-pimpinan BN dapat bertindak scara gentlemanlah.
"Kepada semua ahli, kita bersiap sedia menghadapi PRU semaksima mungikin untuk memenangkan PAS dan Pakatan," katanya.
Tema kempen BN juga ciplak Pakatan Rakyat
(Banner
besar yang digantung di bangunan Ibu Pejabat MIC hari ini)
KUALA LUMPUR: Dakwaan para pemimpin Pakatan
Rakyat, Barisan Nasional (BN) bankrap idea dan akan menciplak idea mereka
semakin terserlah.
Ciri-ciri itu semakin hari semakin terserlah dari mood dan pendekatan kempen yang dibuat oleh BN.
Hari ini, MIC menaikkan banner besar di ibu pejabatnya yang terletak di sebelah Ibu Pejabat Umno.
Banner itu tertulis "Barisan Nasional Pilihan Rakyat' manakala satu lagi di bangunan bersebelahan bannernya menggunakan tema 'Produk-produk Dahulukan Rakyat'.

Padahal semua tahu, Pakatan Rakyat telah melancarkan kempen mereka sebelum ini, 'Harapan Rakyat' sebagai tema dalam manifestonya.
Ia sesuai dengan namanya Pakatan Rakyat yang apabila disambung 'Pakatan Harapan Rakyat'.
Media BN sejak sekian lama menafikan nama Pakatan Rakyat itu dengan memanggil Pakatan Rakyat sebagai Pakatan Pembangkang.
Para pemimpin Pakatan sebelum ini mendakwa, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menciplak segala idea Pakatan Rakyat.
Bukan setakat pendekatan kempen sahaja tetapi juga pergerakan pemimpin mereka diikuti pemimpin BN.
Janji Pakatan untuk memberikan permit teksi kepada pemandu teksi bukan lagi kepada syarikat kroni sebagaimana diamalkan oleh BN diciplak oleh Najib apabila mengumumkan 1000 permit teksi individu baru-baru ini.
Najib selepas itu mengunjungi Masjid Sri Petaling yang menjadi pusat utama kegiatan Jamaah Tabligh negara ini selepas ia dikunjungi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum itu.
Di masa itulah buat pertama kalinya dalam sejarah hidup Najib beliau memakai kopiah puteh dan kain pelikat yang menjadi pakatan rutin pemimpin Pakatan Rakyat khasnya pemimpin PAS.
"Menjelang tarikh PRU yang semakin dekat, tidak mustahil PM akan mengumumkan langkah drastik termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN dan penurunan harga minyak.
"Ini akan dilakukan demi mendapat sokongan rakyat terbanyak khususnya di kalangan anak-anak muda,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya semalam.
Bubar: Apakah desakan Muhyiddin akan berjaya?
KUALA
LUMPUR:
Desas-desus semakin hangat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan
membubarkan Parlimen hari ini selepas mesyuarat terakhir Kabinet dan sesi
bergambar bersama Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dua hari lepas, Muhyiddin ‘menolak’ kemungkinan Najib akan membenarkan pembubaran automatik Parlimen sebelum PRU13.
“Saya tak fikir Perdana Menteri akan tunggu sehingga genap lima tahun sebelum membubarkan Parlimen. Pilihan raya akan diadakan dalam beberapa minggu pada April,” katanya pada perhimpunan Barisan 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di Stadium Titiwangsa.
Apakah desakan halus Muhyiddin terhadap bosnya berhasil supaya tidak melengahkan lagi PRU13?
Desas-desus yang hangat sejak semalam adalah ekoran laporan muka depan Berita Harian bertajuk ‘Parlimen dibubar seawal besok’ selepas kenyataan yang dibuat Muhyiddin.
Namun, hasrat Muhyiddin mungkin tidak tercapai ekoran kemunculan kenyataan daripada Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sebelah petang yang menyatakan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan hari ini.
Pada masa yang sama, Najib turut memuatkan satu kenyataan di laman sesawang peribadinya memuji kerja Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan suara rakyat dinilai dengan adil.
Harakahdaily turut menerima pelbagai sms semalam yang menyatakan Parlimen bakal dibubar hari ini.
Sabtu lalu, The Star juga melaporkan bahawa sumbernya menyatakan Najib akan pergi berumrah hari ini dan oleh yang demikian, pembubaran Parlimen akan ditangguhkan ke pertengahan April.

Laporan
akhbar MCA ini sangat tidak disenangi oleh pejabat Perdana Menteri. Ini kerana
Najib dan Rosmah bercadang untuk pergi Umrah secara senyap-senyap sahaja.
Ekoran itu ada laporan yang menyatakan Najib membatalkan umrah tiga hari itu.
Setiausaha
Agong PAS Datuk Mustafa Ali semalam pula berkata Najib akan hadir persidangan
ASEAN Summit di Brunei 24 hingga 25 April ini sebagai Perdana Menteri yang sah
dan bukannya Perdana Menteri kerajaan sementara.
Sehubungan itu katanya, PRU13 akan diadakan pada penghujung Mei, tarikh akhir Negeri Sembilan mesti mengadakan pilihanraya.
DUN Negeri Sembilan telah terbubar secara automatik pada 28 Mac yang lalu selepas Najib masih enggan membubarkan Parlimen.
DUN seterusnya yang bakal terbubar secara tersendiri ialah Pahang pada 8 April ini jika desakan Muhyiddin gagal untuk membuat Najib membubarkan Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sumber Umno berkata bahawa Najib masih tidak menemui tarikh PRU13 kerana tekanan dalaman Umno.
Sumber itu berkata Najib sedang berusaha sedaya upaya sejak 1.5 tahun yang lalu untuk mencari titik di mana BN boleh menang dan beliau boleh kekal sebagai Presiden Umno.
“Jika bubar hari ini, maksudnya Muhyiddin menang dalam pertembungan dalaman – dan sudah pasti beliau pasti akan menjadi Presiden Umno selepas PRU13 jika BN gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen.
"Jika tidak jadi bubar, pertembungan ini akan berterusan – Najib dan Muhyiddin perlu memastikan jumlah ahli Parlimen Umno yang menang di PRU13 datang daripada pasukan masing-masing untuk pencaturan pemilihan parti akan datang,” kata sumber Umno itu kepada Harakahdaily lewat malam tadi.

Bubar: PAS dah lama sedia - TG Nik Aziz
KOTA BHARU: Tidak sedia berdepan pembubaran parlimen bila-bila masa
kerana persediaan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) sudah lama
disiapkan.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, sama ada pembubaran itu berlaku hari ini atau pun bila-bila, PAS tidak mengahadapi sebarang tekanan berdepan pembubaran tersebut.
Malah katanya, semua rakyat sedar bahawa Umno yang kini berdepan tekanan dan dilihat lemah khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.
“Kerana itu Umno memberikan duit kepada rakyat, bagi duit pada rakyat tu untuk apa?,” katanya ketika ditemui di Kota Darulnaim semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus kemungkinan parlimen dibubar hari ini bagi membolehkan pilihanraya umum dilakukan untuk penggal ke-13.
“Umno sekarang seperti lekat tulang, terkapai-kapai, tak boleh nak buat apa,”ujarnya.
Sementara itu hari ini berlangsungnya mesyuarat terakhir kabinet di Putrajaya bertepatan genap empat tahun Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
Dalam satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri di twitter pagi ini, Najib akan mengadakan sidang media khas jam 11.30 pagi dan akan disiar secara langsung di RTM.

No comments:
Post a Comment