DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, April 13, 2013

BUKAN APA KITA NAK TENGUK SEJAUH MANA POLIS BOLEH BERTINDAK MEMBERHENTIKAN BUDAYA SAMSENG UMNO YANG SUDAH MENGANCAM KESELAMATAN AWAM DAN NEGARA

POLIS KINI SEDANG MEMBURU SEKUMPULAN SAMSENG SERAMAI LEBIH KURANG 10 ORANG YANG MENYERANG SEORANG ANGGOTA PKR YANG SEDANG MEMASANG BEDERA PARTI DI FELDA NERAM KEMAMAN, TERENGGANU.JANGAN BIARKAN MEREKA TERLEPAS.DAN JANGAN BIARKAN ADA NYAWA YANG MELAYANG SEPERTI YANG BERLAKU DI FELDA LUBUK MERBAU DALAM TAHUN 70AN DULU.




Sdr Asri Orang Kuat KeADILan Felda Neram, Kemaman ditetak ketika memasang bendera KeADILan

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.

Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.

"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

No comments: