43%
pilih Anwar, 39% pilih Najib untuk jadi PM
(Hasil
kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihanraya dan Demokrasi Universiti
Malaysia - UMCEDEL)
KUALA
LUMPUR: 43
peratus pengundi di negara ini berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak
dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding 39 peratus untuk Datuk
Seri Najib Razak.
Bagi pengundi Melayu pula, peratusannya lagi besar iaitu 54 peratus untuk Anwar dan 28 peratus untuk Najib.
Begitu juga bagi pengundi kali pertama. 48 peratus dari mereka mengatakan Anwar lebih layak berbanding hanya 25 peratus untuk Najib.
Kesemua mereka membuat keputusan itu berdasarkan soalan 'Pemimpin yang layak dilantik menjadi Perdana Menteri' dalam kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL).
Kajian itu membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat 3 April lalu sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.
"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.
No comments:
Post a Comment