LANGKAWI - Bekas
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ahmad Abdullah, 64, hari ini
diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen
Langkawi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini, Presiden PR
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menamakan penyandang kerusi Parlimen
Kuala Kedah Datuk Ahmad Kassim, 50, sebagai calon kerusi Dun Kuah.
Pakatan pembangkang memperuntukkan satu lagi kerusi Dun dalam Parlimen
Langkawi iaitu Ayer Hangat, kepada Pas yang dijangka mempertaruhkan Yang
Dipertua Pas Langkawi Zubir Ahmad, 50.
Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan dua kerusi
Dun pada PRU 2008.
Pada PRU 2008, PR bertanding bagi tujuh kerusi dan menang lima kerusi.
Mereka kalah di kawasan Parlimen Alor Setar dan Langkawi.
PR sebelum ini mengumumkan nama calon bagi enam kerusi Parlimen yang
mereka tandingi pada PRU 2008.
Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan
penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan, akan bertanding di kawasan
Parlimen Kulim/Bandar Baharu manakala Naib Presiden parti N. Surendran pula
akan bertanding bagi kerusi Parlimen Padang Serai.
Calon lain ialah Ketua Wanita Cabang Sungai Petani Nor Azrina Surip @
Nurin Aina Abdullah (Parlimen Merbok) dan Ketua PR Cabang Kuala Kedah Dr Azman
Ismail (Kuala Kedah), manakala Datuk Johari Abdul kekal bagi mempertahankan
kerusi Parlimen Sungai Petani.
Ketua Biro Perundangan PR Kedah Gooi Hsiao Leung pula sekali lagi akan
bertanding bagi kerusi Parlimen Alor Setar setelah kalah pada 2008
No comments:
Post a Comment