Taib Mahmud, yang enggan bekerjasama
dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), adalah petunjuk besar yang
kekuatan pimpinan Persekutuan itu penting. Itulah sebabnya seorang Perdana
Menteri itu tidak boleh mempunyai masalah undang-undang dan moral.
Sebuah negara berdaulat tidak akan
mempunyai Perdana Menteri yang peribadi dan moralnya dipersoalkan oleh
masyarakat dan rakyatnya. Itu sebabnya mana-mana Perdana Menteri yang
dipersoalkan oleh rakyat tentang rekod peribadi mereka, pimpinan mereka akan
berhadapan dengan berbagai-bagai masalah dan akhirnya rakyat yang
menanggungnya.
Jika seorang Perdana Menteri itu
tidak bersih dari sudut undang-undang dan moral peribadi, Perdana Menteri itu
tidak akan mampu bertindak kerana beliau tidak akan dihormati oleh banyak
pihak. Perdana Menteri yang tercalar imejnya dengan masalah moral tidak akan
mampu bertindak terhadap kesalahan pimpinan yang di bawah mereka.
Dua minggu lepas saya ada menulis
yang kes Taib Mahmud ini amat sukar untuk diperbetulkan. Walaupun Najib telah
menyerahkan isu Taib Mahmud ini kepada SPRM, Taib dengan terang-terangan tidak
mahu memberikan kerjasama beliau kepada SPRM. Sebaliknya Taib memberikan alasan
yang SPRM itu nakal terhadapnya.
Najib mungkin bersungguh tidak mahukan
Taib Mahmud memimpin Sarawak lagi, tetapi Najib tidak berdaya untuk meminta
Taib untuk bersara atau pun berundur dari kedudukan yang beliau pegang sejak 30
tahun dahulu. Sebabnya mudah. Jika Taib dikatakan terpalit dengan isu rasuah
yang besar-besar, Perdana Menteri seperti Najib tidak mungkin dapat melakukan
perubahan di Sarawak. Saya telah menulis, jika Najib meminta Taib berhenti dari
memimpin Sarawak kerana isu rasuah yang keterlaluan itu, Taib akan membalas
balik dengan menunjukkan ‘middle finger’ beliau kembali kepada Najib.
Penolakan Taib untuk bekerjasama
dengan SPRM itu merupakan memberikan Najib ‘middle finger’ itu kepada Najib. Najib
sendiri mempunyai masalah yang berlori-lori, bagaimana beliau hendak
menyelesaikan masalah Taib di Sarawak? Taib boleh mempermainkan Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong itu kerana
Taib sudah menjadi seorang Maharaja besar di negara ini.
Saya merasakan SPRM perlu memulakan
tindakan undang-undang terhadap Taib kerana keengganan beliau tidak mahu
bekerjasama dengan SPRM itu. Saya berpendapat SPRM yang dilantik oleh Yang di
Pertuan Agong itu tentu ada peruntukan yang membolehkan Taib ditangkap dan
dihadapkan ke Mahkamah kerana keengganan beliau bekerjasama dengan SPRM itu.
Tetapi pendeknya saya bermaksud jika
seorang Perdana Menteri tidak bersih dari segi undang-undang dan moral kes
seperti kes Taib Mahmud ini tidak akan dapat diselesaikannya dengan baik. Najib
sendiri mempunyai masalah yang sama, tidak mungkin beliau mampu untuk
bercanggah dengan Taib Mahmud dalam semua isu.
Kita sedang menunggu dengan sabar
apakah tindakan Najib terhadap Taib yang telah mencerobohi undang-undang negara
itu. Isu ini juga merupakan isu yang boleh dijadikan asas pertimbangan dalam
pilihanraya kali ini.
Kita memerlukan karektor yang kuat
untuk menyelesaikan isu seperti ini dan karektor ini tidak ada di dalam barisan
kepimpinan UMNO (MKT) sekarang ini. Jika Perdana Menteri itu tidak mempunyai
kekuatan mental, moral dan tidak bersih dari isu rasuah, isu Taib tidak akan
dapat diselesaikan. Jika BN menang dalam PRU ini, Taib akan terus
bermaharajalela.
Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment