Pada 8hb yang lalu, Bloomberg yang
membuat penganalisaan ‘conclusive’ yang keseluruhan manifesto BN yang
dibentangkan oleh Najib itu adalah serupa seperti yang dibentangkan oleh
Pakatan Rakyat beberapa minggu yang lepas. Dalam bahasa yang pendek ia bermakna
manifesto BN itu adalah ciplak ‘Buku Jingga’ Pakatan Rakyat. Itulah pandangan
masyarakat antarabangsa terhadap manifesto BN itu.
Ini kenyataan dan itulah hakikatnya.
Buku Jingga Pakatan Rakyat itu menjadi percetakan yang menjadi ‘reference’
besar bagi UMNO untuk membentuk manifesto BN kerana apa yang terkandung di
dalam Buku Jingga itu adalah realistik dan itulah yang telah menyentuh naluri
rakyat yang ramai. Sesungguhnya pimpinan BN selama ini adalah dari golongan
yang terlalu ‘kenyang’ dan tidak mempunyai kemampuan untuk membina dasar-dasar
yang secocok dengan kehendak rakyat.
Pemimpin UMNO tidak mampu berfikir
sendiri kerana mereka adalah dari golongan yang keliru kerana mereka naik ke
tampuk kuasa dengan wang ringgit serta ampu-mengampu, budaya yang menebal di
dalam parti itu. Ramai pimpinan baik UMNO telah dicantas di semua peringkat kepimpinan
semasa Mahathir menjadi PM. Yang celik hanya Dr Mahathir seorang. Itu sebabnya
dalam UMNO hanya pucuk pimpinan sahaja yang dibenarkan berfikir. Yang lain
hanya ditugaskan untuk mengangguk dan bertepuk tangan apabila pucuk pimpinannya
berucap bergegar-gegar.
Beliau tidak perlukan
pemimpin-pemimpin yang baik. Mahathir hanya memerlukan pemimpin yang akur untuk
mengekalkan kuasa beliau (Mahathir) sahaja. Mahathir tidak pernah membina
kepimpinan pelapis. Ini sahajalah hasil kepimpinan yang diwarisi kepada kita
kini. Oleh kerana kepimpinan sebenarnya sudah tiada, maka UMNO terpaksa hidup
dengan kepimpinan yang ada hari ini. Bak kata perpatah, ‘Tidak ada rotan akar
pun berguna juga’. Maka Najib dan Muhyiddin pun terus menjadi orang penting
negara.
Ada ramai pelajar mendapat markah
cemerlang walaupun tidak pernah pandai dalam pelajarannya. Tetapi mereka ini
ramai juga yang mendapat markah yang tinggi kerana pandai meniru. Ramai
siswazah lanjutan mendapat Doktor Falsafah dan ada di kalangan mereka mendapat
gelaran ‘DR’ kerana thesis mereka dibuat oleh orang lain. Yang perlu bagi
mereka ialah menyediakan wang yang secukupnya untuk membayar sesiapa yang
membantu mereka mendapatkan ijazah lanjutan itu.
Gelaran ‘DR’ yang terhasil daripada
tiru meniru itulah yang ditayangkan dan mengakui merekalah yang pandai dalam
segala-galanya. Tetapi oleh kerana ‘Doctorate’ yang mereka dapati itu bukan
hasil daripada keringat dan usaha mereka yang sebenarnya itu, maka terdengarlah
kata-kata dan ungkapan yang tidak ‘commensurate’ dengan gelaran yang dijunjung
mereka ke hulu dan ke hilir itu.
Itu jugalah yang berlaku dalam isu
manifesto BN ini yang asas pembentukannya adalah dari Buku Jingga Pakatan
Rakyat. BN hendak mengambil untung dari Buku Jingga Pakatan Rakyat itu. BN
hendak ambil yang cantik dalam Buku Jingga yang mereka kritik keras itu.
Segala-galanya mereka hendak tunjukkan kepada rakyat itu adalah hasil pemikiran
dan kerja mereka.
Kalau kita tengok filem ‘Bawang
Putih Bawang Merah’ kita akan mudah memahami isu manifesto BN ini. BN itu
membawa watak Bawang Putih dan Pakatan Rakyat itu memegang watak Bawang Merah.
Bawang Putih cuba sedaya upaya untuk meniru kemerduan suara Bawang Merah
menyanyi untuk menambat hati anak seorang Raja yang sedang mencari siapa gadis
yang didengarnya menyanyi dengan merdu itu.
Apabila Bawang Putih cuba mengambil
alih watak Bawang Merah, Bawang Putih pun terus menyanyi lagu nyanyian Bawang
Merah itu. Apabila Bawang Putih menyanyikan lagu yang selalu dinyanyikan Bawang
Merah itu, bunyi nyanyian Bawang Putih itu ibarat ‘kambing naik junjung’. Tak
sedap langsung didengar. Berkerut muka anak Raja itu mendengarnya.
Anak Raja yang mendengarnya tidak
tertarik dan terus sahaja anak Raja itu mencari siapa sebenarnya yang
menyanyikan lagu yang merdu itu. Akhirnya anak Raja itu berjaya menjejaki
Bawang Merah dan Bawang Merah dipinang oleh anak Raja dan terus berkahwin. Maka
Bawang Merah yang ‘original’ itu akhirnya mendapat kasih sayang anak Raja itu.
Dalam isu ‘manifesto’ BN dan Pakatan
Rakyat ini, akhirnya rakyat yang menjadi Raja itu akan tertarik dan menerima
Pakatan untuk pilihanraya ini. Rakyat yang menjadi Raja itu akhirnya akan tahu
siapa yang sebenarnya berkemampuan untuk melahirkan manifesto yang baik itu.
Bawang Putih itu sesungguhnya
perempuan yang tidak tahu malu.
No comments:
Post a Comment