Dalam artikel aku yang berjodol ‘
KAMILIA IBRAHIM DIANIAYA” aku dah terangkan yang aku kenal dia semenjak
kecil lagi siapa dia Kamilia. Tapi dia tak kenal aku. Begitu juga Nurul Izzah
anak DS Anwar Ibrahim. Aku kenal dia semenjak dari kecil lagi tapi dia mungkin
tak ingat atau tak kenal aku. Cikgu Ibrahim Abdullah, cikgu aku dan bapa Nurul
Izzah pula boss aku. Kawan pun ye juga. Jadi aku merasa beruntung ‘mengenali’ anak-anak
sebegini. Mereka tak kenal pun tak apa. Itu tak penting.
Aku terpanggil nak menulis mengenai Nurul Izzah sebab terlalu ramai
yang meramalkan ‘ budak ini’ satu masa nanti akan menjadi Perdana Menteri
Wanita pertama di Malaysia. Harap-harap ‘ masin’lah mulut orang yang mendoakan
itu. Setakat doa tak jadi. Setakat usaha pun kadang-kadang tak jadi juga
sekiranya tidak diberkenankan oleh Allah. Dan bakat kepimpinan pun tak kurang
memainkan peranan. Oleh itu aku telah meninjau secara ringkas tentang para
puteri presiden atau ketua negara di rantau Asia ini. Aku cuba
banding-bandingkan.
Megawati merupakan anak sulung Presiden Sukarno dan
Fatmawati. Sukarno adalah presiden pertama Indonesia merdeka dan juga merupakan
tokoh yang mendapatkan kemerdekaan Indonesia. Megawati dilahirkan di Yogyakarta
pada 23 januari 1946. Olehkerana kelahirannya di tengah kancah revolusi yang
sedang bergolak maka tidak hairanlah beliau juga muncul sebagai anak pejuang .
Pada awalnya memang tidak menampakkan yang beliau berminat dalam politik .
Malah dilaporkan bahawa Megawati tidak begitu aktif dalam Gerakan
Mahasiswa Nasional Indonesia. Beliau tidak langsung memainkan peranan penting
di situ.
Hanya menerima pendidikan tinggi yang amat singkat apabila ketika
berumur 19 tahun ayahnya Sukarno dilicutkan jawatan ekoran satu rampasan kuasa
di Indonesia. Sukarno terpaksa melalui tahanan dalam rumah bermula dari
tahun 1966 sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Lebih kurang
sama dengan kehidupan Nurul terpaksa berkorban dalam banyak hal ketika bapa
dipenjara.
Berbanding dengan Nurul yang juga lahir dan membesar ketika ayahnya
sedang berjuang menegakkan kebenaran akibat daripada difinah. Berulang alik ke
penjara disamping berusaha bersama ibu Dr. Wan Azizah untuk membebaskan
bapanya. Beliau membesar dan mendewasakan dirinya di tengah-tengah
gelombang perjuangan rakyat mencari kebenaran. Itulah pengalaman yang dilalui
oleh Nurul.
Aung San Suu Kyi adalah anak kepada Aung San seorang pemimpin dan
pejuang kemerdekaan negara Burma. Tidak pernah memikirkan bahawa pada suatu
masa kelak dia juga akan memimpin rakyat Burma dalam perjuangannya menegakkan
demokrasi dan hak asasi manusia, sebagaimana yang dilakukan bapanya menuntut
kemerdekaan Burma. Aung San Suu Kyi mengenengahkan dasar ‘nonviolence’ mengikut
jejak langkah pemimpin yang lebih awal seperti Mahatma Gandhi dan Dr.
Martin Luther King, Jr. Keyakinan kepada apa yang diperjuangkannya telah
membolehkan beliau menyatukan Burma dan menarik perhatian dunia tentang kegiatan
yang dijalankanya.
Aung San Suu Kyi selalu menggelarkan dirinya sebagai ‘ my father’s
daughter. Beliau berusia dua tahun ketika bapanya dibunuh. Disebabkan
kesayangannya yang tidak ada tolak bandingnya terhadap ayahnya Aung San lah
beliau menceburkan diri dalam politik. Mungkin begitu juga agaknya dengan Nurul
Izzah. Disebabkan kesayangan yang tidak terhingga kepada abapanya lah
maka beliau sanggup mengabdi dan mengorbankan diri demi untuk membebaskan
bapanya ketika di penjara, walaupun pada ketika itu beliau masih terlalu muda.
Aung San Suu Kyi pernah mengatakan, “ When I decided to take part in
the movement for democracy, it was more out of a sense of duty than anything
else. On the other hand, my sense of duty was very closely linked to my love
for my father. I could not separate it from the love for my country…I am doing
this for may father…” Aung San Suu Kyi, “ Mental Culture in Burmese Politics”
1999
Pada tahun 1991, beliau telah dianugerahkan the Nobel Peace Prize. Ada
juga khabar-khabar angin yang bertiup kencang mengatakan pada tahun itu juga
ada kemungkinan Nobel Peace prize itu hendak diberikan kepada DS Anwar Ibrahim
yang sedang dipenjara. Aung San Suu Kyi juga tidak dapat menerimanya secara
peribadi disebabkan beliau juga dibawah tahanan rumah.
Gloria Macapagal-Arroyo. Anak kepada President Diosdedo Macapagal di
Filipina. Sebagai puteri seorang president sudah tentulah beliau mendapat
pendidikan yang cukup sempurna. Walaupun mempunyai pendidikan yang sempurna dan
berpasakan latarbelakng yang kukuh sebagai anak seorang presiden, namun Arroyo
terpaksa juga berusah dengan kuat untuk meyakinkan rakyat Filipina tentang
kebolehannya. Beliau tidak mengharapkan kepada ‘payung’ yang disediakan oleh
bapanya. Dikatakan Presiden Arroyo mempunya hasrat yang cukup kuat untuk
menyatukan rakyatnya dan menjadikan Filipina sebagai sebuah negara yang
setanding dengan negara-negara maju dunia.
Benazir Bhutto dilahirkan pada tahun 1953. Berikutan daripada
pembunuhan bapanya Perdana Menteri Zulfikar Ali Butto, Benazir Bhutto telah
mengambil alih kepimpinan rakyat Pakistan menentang regim General Zia-ul-Haq.
Akibat daripada tindakan beliau itu, Benazzir menghabiskan masa beberapa tahun
di dalam penjara, sepertimana yang juga dialami oleh DS Anwar Ibrahim. Bukan
itu saja, beliau juga menghadapi tahanan dalam rumah disamping dibuang negara.
Nurul telah menampakkan dirinya sebagai tokoh yang akan mengkiuti jejak
‘kakak-kakak’nya yang telah menerajui negara masing-masing, Megawati pernah
menerajui Indoensia, Arroyo sebagai Presiden di negara filipina, Benazzir
pernah menjadi Presiden pakistan dan Aung San Suu Kyi, walaupun belum lagi
menjadi presiden bagi negara Burma, namun begitu ketokohanya telah pun
diiktiraf oleh dunia. Dan giliran Nurul Izzah sedang dinantikan oleh rakyat
Malaysia dengan penuh debaran. Bilakah akan tiba masanya.
Abuhassanadam
27 April 2013
No comments:
Post a Comment