Sah Ahmad Bashah digugur:
UMNO Kedah bergolak
Oleh WTKO-TRENGGANUKITE
Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengurusi BN Kedah tidak tersenarai dalam calon yang akan bertanding pada PRU13 menurut sumber terdekat UMNO.
Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengurusi BN Kedah tidak tersenarai dalam calon yang akan bertanding pada PRU13 menurut sumber terdekat UMNO.
Menurut sumber itu lagi, Ahmad Bashah sepatutnya bertanding mempertahankan Dun Bakar Bata kerana dia lebih rapat dengan penduduk di situ, tapi oleh kerana Datuk Mukhriz Mahathir telah dijanjikan Najib kepada Tun Mahathir untuk dilantik menjadi MB jika BN boleh rampas semula Kedah maka terpaksa Najib menyingkirkan Ahmad Bashah.
Dalam mesyuarat lalu ada menyebut bahawa jika sekiranya mahu menyingkir Pengerusi BN Kedah ini, UMNO mesti berikan sesuatu yang sepadan dengannya.
Atas itu ada cadangan untuk memberikan Ahmad Bashah bertanding atas tiket parlimen. Tapi malangnya nama Ahmad Bashah tercicir kerana sudah ada banyak calon-calon muka baru untuk Parlimen seperti kehendak Najib bagi melawan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh tokoh-tokoh muda dan berwibawa.
JANGAN GUSAR DATO'-PASTINYA DATO' AKAN DIBERI
GANJARAN LEBIH BESAR LAGI
Menurut sumber, BN harus meletakkan calon berwibawa setelah melihat pengumuman demi pengumuman calon oleh pihak Pakatan Rakyat.
Penguguran Ahmad Bashah dikaitan dengan satu kajian saintis politik Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Prof Madya Samsu Adabi Mamat. (Kajian pada Januari hingga Mac 2012)
Dalam kajian Prof. Samsu mendapati daripada maklum balas yang diterima menunjukkan pengundi muda dan atas pagar mahukan Mukhriz Mahathir.
Menurut Samsu lagi, sentimen umum di Kedah ialah pengundi atas pagar di Kedah, sekitar 25 hingga 30 peratus jumlah pengundi menghargai ketokohan Mukhriz.
Sekarang ini UMNO Kedah pecah dua antara penyokong Bashah dan Mukhriz. Daripada sumber terdekat jika hari penamaan calon Ahmad Bashah tak diumumkan juga pengikut Ahmad Bashah akan memastikan Mukhriz Mahathir akan kalah dalam PRU13 nanti!!

2 comments:
Dalam masa yang sama janganlah plak berlaku perpecahan sesama Pakatan dan dalam parti sendiri... Sebab dalam Pas Kedah pun dok bergolak pasai calon... Pakat-pakat nak jadi YB blaka.... Dap dok berebut krusi dari PKR.... Silap haribulan Kota Darulaman pun Hilang...
Ya Pak Mat kalau perkara ini benar-benar berlaku-padan muka kerana masing-masing hendak kuasa bukan untuk agama, bangsa dan rakyat dan kita semua akan menerima padahnya. Allah pasti akan turunkan balanya. Minta dijauhi malaikat 44.Amin
Post a Comment