Bagi aku UMNO-BN sedang tenat. Itu pandangan peribadi aku. Rakan-rakan
aku dalam UMNO –BN pasti marah betul apabila aku kata begitu. Aku boleh
bayangkan kemarahan mereka, tapi taklah sampai tak bertegur sapa. Di
masjid satu saf juga. Pada majlis khenduri, gelak ketawa, gurau senda seperti
biasa. Tidak pula mencetuskan perbalahan peribadi. Cuma yang aku kata
UMNO-BN dalam keadaan tenat tu berdasarkan pandangan dan pemerhatian aku. Itu
pun kadang-kadang bukan betul pun. Dan kalau aku mengkeritik DS Najib bukanlah
bermakna mengkeritik beliau secara peribadi tetapi atas kapasiti beliau sebagai
pemimpin UMNO-BN.
Apabila DS Najib tidak mahu berdebat dengan DS Anwar mengenai manifesto
parti masing-masing disamping membahaskan isu-isu semasa, maka dengan
sendirinya aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada UMNO-BN. Mengapa DS
Najib tak mahu mengambil peluang yang sebegini untuk menjelaskan sesuatu kepada
rakyat terbanyak. Dan peluang yang sebegini juga membolehkan DS Najib ‘
mematahkan’ segala hujah DS Anwar Ibrahim sepertimana yang sentiasa
diucapkannya di majlis-majlis ceramah seluruh negara.
Kini rakyat akan membuat andaian mengatakan bahawa UMNO-BN tewas
sebelum bertempur. DS Najib hanya berani ‘pukul curi’ melalui TV milik
kerajaan. Kejantanannya hanya berani dipamerkannya melalui TV dan Radio dan
tidak berani langsung untuk berdepan dengan DS Anwar atas kapasitinya sebagai
Ketua Pembangkang. Ini satu lagi persepsi rakyat. DS Anwar hebat. DS Anwar
semamngnya seorang pemimpin yang berani. Amat susah untuk menghilangkan
persepsi sebegini di hati rakyat, sehinggalah DS Najib sanggup ‘menyinsing
lengan’ dan tampil untuk berdebat dengan DS Anwar Ibrahim. Selagi itu tidak
berlaku maka selagi itulah persepsi rakyat akan terus bersemadi di hati mereka.
Aku merasakan ‘ Debat’ merupakan elemen yang sangat penting dalam
perkembangan sesebuah negara demokrasi. Aku kata begitu adalah berpunca
daripada pemerhatian aku yang berkesempatan melihat kesuburan perkembangan
demokrasi di dua buah negara maju yang mengamalkan demokrasi di dunia. Amerika
Syarikat dan Great Britain. Walaupun ada tindakan mereka yang tidak demokratik
namun dari segi kebebasan bersuara, aku rasa mereka hebat..Tak payah aku cerita
dengan panjang lebar mengenai ‘Presidential Debate ‘ di Amerika Syarikat sebab
ramai rakyat di Malaysia sudah menonton siarannya melalui saluran TV berbayar.
Cuma aku nak sentuh tentang apa yang berlaku di Great Britain. Aku
bernasib baik berada di sana sepanjang perjalanan PRU ( 1997) mereka
sebelum dan selepas. Entah PRU yang keberapa aku dah lupa. Berbeza jauh
benar dengan PRU yang dijalanakan di negara kita dari segi kegiatan
berkempennya. Dalam persidangan parlimen yang dipancarkan secara ‘live’, hampir
setiap hari kelihatan John Major (Perdana Menteri ketika itu) berdebat dengan
Tony Blair ( sebagai ketua pembangkang Labour Party ). Rakyat boleh
tonton. Tidak ada sekatan. Tak perlu ada ceramah. Rakyat boleh buat penilaian.
Bukan menilai siapa yang kacak dan segak. tetapi menilai dasar-dasar yang ingin
dikemukakan oleh mereka.
Bagi aku itu baru betul merupakan sebuah negara yang betul-betul
mengamalkan prinsip demokrasi dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Tidak pula
aku memperkatakan hal sebegini menunjukkan bahawa aku menyanjung membabi buta
negara-negara berkenaan. No way… Yang aku kata itu berasakan fakta yang
cukup terang dan jelas.
Amat berbeza dengan apa yang berlaku di negara kita yang tercinta ini.
Kadang-kadang aku merasa cukup malu apabila aku melihat akan ‘perangai dan
‘gelagat’ tindakan setengah pihak yang bertanggungjawab di negara ini. Dan yang
anihnya ‘pelaku-pelaku’ yang melakukan perkara aib ini seolah-olah bangga pula
dengan apa yang mereka lakukan.
Sebagai contoh siaran Berita dalam TV milik kerajaan dan yang dimiliki
oleh pihak swasta juga secara terang-terang menjalankan propaganda
mempromosi BN-UMNO dan mengutuk parti lawan. Terang-terang. Tanpa
berselindung. Tanpa segan dan silu. Kadang-kadang apabila aku melihat keadaan
sedemikian, terlintas di kepala aku tentang ‘kebodohan’ yang terserlah pada
pelaku-pelaku yang melaksanakan rancangan itu. Apakah mereka tidak terfikir
yang rakyat kini sudah boleh berfikir lebih hebat dan lebih matang daripada
mereka yang menulis bahan berita berkenaan. Analisis rakyat di luar lebih hebat
daripada analisis yang dibuat oleh penulis berita berkenan. Tak ada rasa
malu ke…….
Dalam keghairahan pihak-pihak tertentu untuk mempengaruhi rakyat untuk
menyokong BN-UMNO, dipanggil pula ‘golongan bijak pandai’ tertentu untuk
memberikan pandangan mereka mengenai sesuatu topik berbau politik. Maka
‘berceloteh’lah para ‘bijak pandai’ berkenaan ‘menasihati’ rakyat,
seolah-olah mereka sahajalah yang pandai dan pernah belajar di universiti dan
memperolehi ijazah yang berjela-jela pulak.
Aku hairan lagi. Mengapa ‘bijak pandai’ yang sama yang sentiasa
dijemput oleh pihak TV untuk memberikan pendapat. Lagi-lagi ‘ professor’ itu.
Lagi-lagi ‘professor’ ini. Aku bertanya diri aku. Professor beberapa kerat ini
saja kah yang pandai dan yang wujud di bumi Malaysia ini. Apakah professor yang
berlambak-lambak di pusat pengajian tinggi yang lain itu bodoh-bodoh belaka ke?
Ataupun mungkin agaknya ‘ professor’ inilah yang telah menulis ratusan kertas
kerja yang pernah beberapa kali dibentangkannya di persidangan anatara bangsa
di luar negara. Ataupun mungkin segelintir ‘professor’ dan bijak pandai ini
sentasa dijemput oleh pihak TV disebabkan mereka pernah dianugerahkan Nobel
Laureates, yang kita tak tahu.
Aku terpaksa tulis komen yang sebegini disebabkan pihak TV milik
kerajaan Malaysia ini secara berleluasa bertindak seolah-olah rakyat Malaysia
kini dalam keadaan yang cukup bodoh, tongong, tengin, bangang dll. Untuk
pengetahuan pihak yang berkenaan, rakyat sebenarnya sedang memerhatikan gelagat
‘tuan-tuan’ semua. Rakyat sebenarnya sudah cukup muak dengan sikap yang
‘tuan-tuan’ tunjukkan. Memperbodohkan rakyat seolah-olah rakyat diluar masih
bodoh….
Berita yang berunsur fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim hampir setiap
malam ditayangkan melalui TV milik kerajaan. Apakah pihak yang bertanggungjawab
‘buta perut’ benar, sampai tidak mampu untuk memikirkan bahwa sebenarnya rakyat
sudah tidak lagi mengikuti siaran Berita yang dipancarkan melalui TV kerajaan.
Sebenarnya penayangan video lucah dan memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim
sebenarnya akan ‘memakan diri’ pihak UMNO-BN sendiri. Hanya penonton
yang sudah ‘ meletakkan jawatannya sebagai seorang yang cerdik’ sahaja
yang percaya dan mengagungkan apa yang dilakukan oleh pihak TV dan akhbar
berkenaan.
BN-UMNO masih ada masa lagi untuk mengubah persepsi rakyat. Fikirkanlah
yang terbaik.
24 April 2013
No comments:
Post a Comment