Nampaknya kedudukan Umno dan Barisan
Nasional (BN) kian hari kian tenat walaupun baru seminggu tempoh berkempen
serta disogokkan dengan projek haram penghantaran ribuan pendatang asing
Bangladesh dan Nepal dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung yang sudah bermula
sejak tiga hari lalu. Sumber yang rapat dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM)
memaklumkan bahawa sebaik sahaja pusat pengundian ditutup di seluruh negara jam
5 petang, hampir 80 peratus pemimpin Umno dan BN sudah bersedia untuk
menyeberang sempadan negara dan 'berkubu' di beberapa hotel mewah di Singapura.
Menurut
maklumat tersebut, pemimpin Umno dan BN ini akan menggunakan laluan udara dari
lapangan terbang di negeri masing-masing kerana kebiasaanya laluan trafik dari
Tambak Johor ke Woodlands dan LinKedua dari Gelang Patah menuju Tuas di
republik itu pada hari Ahad sangat sesak ekoran cuti hujung minggu di kedua-dua
negara.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan
adalah memastikan apa saja keputusan pilihanraya umum diumumkan, sama ada BN
menang atau kalah, mereka sudah berada selamat bersama isteri dan anak
masing-masing yang terlebih awal tiba sambil menekup muka dengan bantal
sekiranya tewas teruk di kawasan masing-masing.
Kesemua mereka akan memperolehi
keputusan pilihanraya dari republik itu berdasarkan maklumat sulit dari sumber
polis dan tentera menggunakan 'talian selamat' lebih awal dari yang disiarkan
di televisyen dan radio kawalan rejim mereka sendiri.
Sekurang-kurangnya mereka dikatakan
'terlepas' dari 'tangkapan' yang kononnya akan dilakukan pemimpin Pakatan
Rakyat sebaik sahaja jumlah kerusi yang dimenangi pakatan itu disahkan melepasi
angka 112 sekaligus membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Sumber tersebut juga memberitahu
kakitangan JPM diarahkan supaya tidak dibenarkan masuk pada hari pengundian
iaitu Ahad, 5 Mei dan hari seterusnya sementara urusan berkaitan kerja yang
tidak mustahak atau kerja lebih masa yang sudah diluluskan, dibatalkan sehingga
diberitahu kelak.
Dipercayai beberapa kakitangan yang
rapat dengan bekas perdana menteri, Najib Razak sedia melakukan apa sahaja pada
hari itu termasuk membakar atau menghapuskan dokumen penting seperti kertas
cadangan projek untuk kroni, laporan kewangan sulit perbendaharaan dan bukti
penting kerajaan persekutuan seperti mana yang pernah dialami kerajaan Selangor
apabila BN tumbang pada awal pagi 9 Mac 2008.
Khir Toyo dan pegawai yang menjadi
balacinya dikaitkan dengan pemusnahan puluhan dokumen penting kerajaan negeri
di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sebaik mengetahui
Pakatan Rakyat memperolehi majoriti mudah 28 kerusi di DUN Selangor.
Berbalik kepada perkembangan
pemimpin BN yang cuba melarikan diri ke Temasek, sumber memberitahu suite
eksklusif di beberapa hotel mewah seperti The Ritz-Carlton Milenia, Hotel
Singapore, Marina Bay Sands, Raffles Hotel dan Mandarin Oriental sudah habis
ditempah pada 5 dan 6 Mei, malah ada di antaranya sudah pun habis seawal 3 Mei
lagi.
Walaupun pihak hotel terbabit tidak
dapat memberikan maklumat lanjut kerana ia bertentangan dengan polisi dan
kerahsiaan tetamu, ia mengesahkan adanya perancangan pemimpin Umno dan BN untuk
lari ke luar negara melalui Singapura sebelum terbang ke destinasi pilihan di
negara ketiga seperti Australia, United Kingdom atau Amerika Syarikat.
Hasil semakan dalam laman web
beberapa hotel bertaraf lima bintang di republik itu mendapati beberapa bilik
mewah sudah penuh ditempah walaupun cuti persekolahan hanya akan bermula akhir
bulan depan.
Pihak kami di Singapura termasuk
yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan Lapangan Terbang
Seletar memaklumkan mereka sedang memerhatikan dan memantau pergerakan pesawat
peribadi atau jet mewah yang dilihat mencurigakan yang berada di lapangan terbang
tersebut dan proses tersebut sedang dibuat secara rahsia tanpa diketahui
sesiapa.
Pada 21 Mac lalu, bekas ketua
menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada semua pemimpin BN
supaya tidak cuba lari ke luar negara sebaik keputusan pilihanraya diumumkan
berpihak kepada Pakatan Rakyat.
"Sebaik sahaja kita tawan
Putrajaya, 'Perdana Menteri' baru, Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama
kepada semua lapangan terbang seluruh negara supaya jet peribadi tidak
dibenarkan membuat penerbangan ke mana-mana destinasi," tegas Setiausaha
Agung DAP itu pada majlis perasmian pusat khidmat rakyat parti itu di Puchong,
Selangor.
Senarai operator jet dan pesawat
peribadi yang terdapat di lapangan terbang di Singapura.
"Kita tidak mahu
'mereka-mereka' ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan
pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik
sahaja Pakatan Rakyat diumum dapat tawan Putrajaya.
"Arahan akan keluar juga di
sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh
terbang kecuali dapat kebenaran 'kerajaan baru' Malaysia," katanya.
Malah, Naib Presiden PAS, Husam Musa
turut membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk
membentuk kerajaan seawal jam 10 malam pada hari pilihanraya nanti.
"Ketika itu, Najib dan Mahathir
Mohamad sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa
lalu mereka.
"Manakala rakyat keseluruhannya
menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis
bersama jentera pilihanraya PAS di Kota Bharu pada 18 Disember tahun lalu.
Senario ini disebut sekali lagi oleh
Husam yang juga Pengarah 'Roadmap to Putrajaya' PAS ini para pemberita selepas
majlis tersebut selesai.
No comments:
Post a Comment