Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar,
dakwa anaknya dipergunakan
BAPA SAIFUL DAH INSAFMANUSIA-MANUSIA INI BAGAIMANA
Bapa
Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana
menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
"Datuk
Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini,"
kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang
akhbar hari ini.
"Dengan ini saya memohon
maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya
telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya
Anwar
telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas
daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di
sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.
Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.
Dalam
kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh
anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana
menteri itu dan seorang peguam.
Malaysiakini tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka.
"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."

Menurut
Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui
akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang
kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.
"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.
"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.
walaupun
beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan
menjelaskan bahawa beliau melakukannya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.
"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."
"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."
Azlan
berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian
lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim
kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan
jelas kelihatan."
Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.
"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.
Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.
"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.
"Sebagai
seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya
tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang
cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.
"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.

merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang
kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".
"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.
"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.
Sumber : MK
Lihat video kegembiraan
kebebasan DSAI pada 090112
No comments:
Post a Comment