DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, March 26, 2013

WAJIB BACA : NAK TAHU CERITA SEBENAR ANJING UMNO@PAPAGOMO@ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS



PETALING JAYA, 26 Mac — Bekas isteri Papa Gomo akan memberikan keterangan terhadap bekas suaminya di mahkmah, dan dijangka akan mendedahkan identiti blogger berkenaan termasuk mendedahkan bagaimana laman blog pro Umno itu dibangunkan, kata Rafizi Ramli hari ini. Pengarah Strategi PKR itu turut mengemukakan bukti lain yang menyokokng dakwaannya bahawa nama sebenar "Papa Gomo" adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang merupakan bekas anggota polis yang korup dan pengundi hantu.

Bukti yang dikemukan dan keterangan bekas isteri di mahkamah, Bellina Omar Sharifuddin Chin akan memberiakn bukti identiti sebenar "Papa Gomo" yang didakwa dilantik kerajaan bagi menjatuhkan imej pembangkang menggunakan ruang siber.

"Buat masa ini, pelarian terkenal di negara ini adalah Papa Gomo. Tetapi dia mendakwa dia bukan Papa Gomo," kata Rafizi (gambar) dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Pemimpin PKR itu berkata beliau kini sedang berusaha mendapatkan rekod imigresen Papa Gomo, yang mana mempunyai maklumat lengkap brkenaan pergerakan keluar masuknya ke Malaysia sejak 2010, termasuk bukti anekdot seperti gambar yang diambil daripada laman web penulis blog tersebut, termasuk blog bekas isterinya.

Berdasarkan rekod imigresen jelas Rafizi, apabila dibuat perbandingan dengan Papa Gomo atau pendaftaran pemilih Wan Muhammad Azri dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), membuktikan lelaki itu pernah menjadi pengundi hantu dan didaftarkan sebagai pengundi sebanyak dua kali menggunakan dua kad pengenalan — kad pengenalan bekas polis, dan kad pengenalan awam.

Kedua-dua rekod SPR, bagaimanapun menunjukkan tarikh lahir yang berbeza dan dengan ejaan yang berlainan — Wan Muhd Azri Wan Deris, tarikh lahir 8 April, 1983, pada pendaftaran kad pengenalan polis, dan Wan Muhammad Azri Wan Deris, bertarikh lahir 21 Januari, 1983, pada pendaftaran kad pengenalan awam.

Rafizi berkata dengan semakan menggunakan kedua-dua kad pengenalan dalam rekod imigresen, menunjukkan orang yang sama, Wan Muhammad Azri, dan menunjukkan tarikh lahir sebenar lelaki tersebut adalah pada 21 Januari 1983.

"Oleh itu, memang ada individu yang dipercayai cuba untuk mengubah datanya di pangkalan data SPR untuk mengaburi usaha mengenal pasti pengundi hantu ini," katanya.

Beliau turut menjelaskan perbezaan ejaan nama Wan Muhammad Azri dalam dua rekod SPR termasuk perbezaan tarikh lahir juga adalah cubaan untuk membolehkan lelaki itu mengundi dua kali dalam pilihan raya.

"Kita tidak boleh hanya menerima kenyataan SPR bahawa ini boleh berlaku daripada kesilapan manusia atau komputer ... ia tidak boleh menjadi kesilapan komputer. Jika kita gunakan cip MyKad, jika memberikan anda data sebenar seseorang individu.

"Apabila ia begitu berbeza, ia adalah sama ada kesalahan dalam data atau sengaja dimasukkan dalam berbeza," kata Rafizi.

Menjelaskan bagaimana beliau telah mengaitkan Papa Gomo dan Wan Muhammad Azri pada mulanya, Rafizi berkata semakan dokumen mahkamah lama telah menunjukkan semua maklumat dan surat-menyurat mengenai kes mahkamah rasuah Papa Gomo itu, yang menggunakan kad pengenalan polis telah dihantar ke alamat di Danau Kota.

Semakan selanjutnya menunjukkan bahawa rumah di Danau Kota telah didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam lelaki tersebut. ~the malaysian insider

Seperti Husam Musa dan Anwar Ibrahim, yang bertindak tegas bagi menyaman RM beratus juta bloger papagomo atau wan azri wan deris kerana fitnah dasyatnya setanding dengan fitnah dajjal di akhir zaman.
Dengan merujuk siri pendedahan demi pendedahan siapakah papagomo yang sebenar oleh tim era pasca, pihak pihak peguam anwar dan husam dapat mendapatkan bukti bukti kukuh lagi berfakta untuk menyabitkan bloger lucah yang tidak mengaku akan dirinya ini ke mahkamah.

Mengikut sumber maklumat yang terdapat pada kami, setelah mengambil kira siri pendedahan kami kepada orang ramai mengenai wajah sebenar papagomo berserta dengan segala bukti yang ada pada kami, yang mana husam musa telah membuat semakan saman semula kerana bukti yang kami dedahkan.

Lim Guan Eng bakal menyaman papagomo a.k.a wan azri wan deris sebanyak RM 50 juta kerana menfitnah dirinya dan juga anak lelakinya, kami di beritahu, selama ini tiadanya bukti kukuh untuk menyokong hujah, yang menyebabkan papagomo banyak terlepas saman saman maut dari pemimpin Pakatan Rakyat.

Tetapi dengan sebelas siri pendedahan bukti dan fakta dari tim era pasca ini, insyaallah akan lebih mudahlah kerja kerja peguam peguam plantif untuk segera mewritkan saman ke atas mahluk perosak agama bangsa dan negara itu.

Di khabarkan juga, khalid ibrahim, menteri besar selangor, dan yb batu tiga selangor bakal menyaman papagomo a.k.a wan azri sebanyak RM 20 juta seorang, kerana bukti telah terlalu kukuh, dan telah di buktikan bahawa wan azri wan deris 99% adalah papagomo.com.

Berikut siri pendedahan telus mulus tanpa protokol dari kami.. ianya juga boleh di jadikan sumber rujukan. ~era pasca

Klik SINI untuk siri pendedahan Papagomo.

No comments: