DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, March 28, 2013

TAK SANGKA…SANGKA TRANSFORMASI MERUPAKAN TIPU-HELAH NAJIB DAN IA MASIH BERNAFSU KAEDAH POLITIK TAK BERTAMADUN MENG’ANJING’KAN PASUKAN POLIS SELAMANYA DAN KINI JPJ-30 POLIS DAN JPJ TAHAN TRELER PAS -TRELER "OPTIMUS PRIME" NEGARA BERKEBAJIKAN KEPUNYAAN PAS






IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.


Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.



UNTUK PARA PEJUANG SEMUA-ITU SEMUA ADALAH SUNNAHTUL YANG TERPAKSA DILALUI OLEH SEMUA PEJUANG UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ DAN MEMBENAMKAN YANG BATHIL-KESENGSARAAN INI TELAH DILALUI PARA NABI-NABI DAN RASUL TERMASUK NABI MOHAMMAD SAW.

BACA ARTIKEL DI BAWAH UNTUK MELIHAT KEJAHATAN UMNO MEMPERANJINGKAN PASUKAN KESELAMATAN KITA DEMI MENJAGA SURVIVALNYA



No comments: