ROSALWANI
CHE SOH
9 Mac 2013
9 Mac 2013
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA
BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap
tuduhan liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diselesaikan
satu persatu selepas ini susulan pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari
Azlan, Azlan Mohd Lazim semalam.
Semalam, Azlan mendedahkan bahawa anaknya itu diperalatkan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan Anwar menerusi kes liwat kedua.
"Pendustaan satu masa akan terbongkar menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).
"Alhamdullilah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis bersama veteran Pas di Jalan Dato Lundang di sini pagi tadi.

No comments:
Post a Comment