JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno
cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung
kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.
Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal
itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan,
sekitar jam 11 malam.
Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri
selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.
Ketika berpidato depan hampir 10,000
penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih
kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.
“Terima kasih semua anggota polis yang datang,
mereka pun tau dah ramai samseng (Umno),” kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas
berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar
batu atau cat merah.
Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya
memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka
Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah.
Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit
Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor.
No comments:
Post a Comment