ROBIATULADAWIYAH
ABD RASHAD dan NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
Tun Musa Hitam.
[DIKEMAS
KINI] SHAH ALAM – Ahli-ahli politik yang
menggunakan isu perkauman sebagai bahan atau modal survival masing-masing
merupakan ahli politik yang sudah bankrap, kata bekas Timbalan Perdana Menteri,
Tun Musa Hitam hari ini.
Sehubungan
itu kata Musa, melihat kepada perkembangan hari ini banyak perkara yang boleh
dibahaskan secara membina.
"Kita
dalam suasana pilihan raya umum (PRU) pada pendapat saya dulu, baru ini dan
sekarang, barang siapa yang menggunakan perkauman sebagai isu politik adalah
ahli politik yang bankrap," kata beliau pada program Bicara Minda Survival
Ekonomi Melayu di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini.
Musa
yang berkecimpung dalam dunia politik lebih lima dekad yang lalu berkata, jika
dahulu parti politik boleh menggunakan isu perkauman apabila berada atau
berkempen di kawasan-kawasan yang majoritinya satu-satu kaum, kini keadaan
tidak begitu lagi.
"Sekarang
tidak boleh lagi kerana macam-macam kejayaan yang kerajaan dah buat, kerajaan
jangan berasa malu. Kerajaan harus berasa bangga dengan kejayaan yang telah
dibuat, tentulah ada kritikan dan yang menentang, dalam politik itu perkara
biasa.
"Tetapi
berdebatlah, tunjuk dengan bukti di atas kebolehan-kebolehan itu, bukan
mempertangguhkan apa yang dibuat, dan kita merasa takut, kita dimomokkan dengan
keadaan ini, dan penghabisan kita terdesak dan itu yang akan memusnahkan
kita," kata beliau yang menjadi gandingan kepada bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad dari tahun 1981 hingga 1986.
Ketika
ditanya bagaimana untuk mengubah minda Melayu dan gerak kerja yang berasaskan
perkauman, Musa, 78, berkata, perkara itu memerlukan tempoh yang lama dan
bergantung kepada kepimpinan politik.
"Itu yang saya duka cita, jika kita bergantung pada akedemik senang sikit kita boleh belajar dan proses semula jadi. Tetapi dari segi mentaliti nak ubah, sukar jika kita ada sistem politik begitu terbuka, misalnya di Malaysia.
"Di Malaysia perkiraan politik masih berasaskan perkauman, jika kita pergi ke kawasan banyak Melayu kita cakaplah hak Melayu, kita perjuang orang Melayu, bila kita pergi ke kawasan Cina, kita cerita pasal Cina apa-apa yang perlu dipertahankan.
"Pada saya, sikap merendah diri boleh berubah jika ahli politik itu mahu memperkukuhkan dan tidak salah gunakan isu perkauman dari segi perkembangan politik," katanya.
Menurut beliau, soal ekonomi Melayu merupakan soal fundamental yang akan menentukan ke arah mana negara akan tuju.
Musa yang juga bekas Timbalan Presiden Umno berkata, dalam perkembangan politik pada hari ini, pemimpin parti politik perlu keluar daripada kepompong menggunakan isu perkauman dalam kegiatan politik mereka.
Masih banyak katanya, modal atau pun perkara-perkara membina yang boleh digunakan dalam kelangsungan politik masing-masing.
Mengulas lanjut, pemimpin kelahiran Segamat, Johor ini berkata, mentaliti ini boleh diubah dengan kerjasama semua pihak dan bukan hanya bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata.
“Saya sedikit berduka cita kerana ramai orang Melayu banyak bergantung kepada kepimpinan politik.
“Sebenarnya mahu ubah minda orang Melayu perlu melalui proses yang lama dan masalahnya kita banyak bergantung kepada kepimpinan politik,” katanya yang kini memimpin beberapa syarikat berkaitan kerajaan termasuk Kumpulan Sime Darby.

Sumber
: SH
No comments:
Post a Comment