DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, March 13, 2013

MEMANG RAKYAT SEDAR NAJIB DAN UMNO MASIH MENCARI JALAN BAGAIMANA KAEDAH DSAI DAPAT DITANGKAP DAN PILIHARAYA BERLANGSUNG TANPA ANWAR-SEBAB ITULAH PARLIMEN TIDAK DIBUBARKAN WALAUPUN MELAMPAUI EDAHNYA



Lahad Datu: konspirasi untuk tangkap Anwar Ibrahim!

SEBELUM ini ReJaM© ada mendedahkan satu maklumat tentang konspirasi media-media kawalan Umno yang seboleh-bolehnya cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Sifirnya mudah, bila media sudah mengapi-apikan isu mengaitkan Anwar, modus operandi seterusnya ialah laporan polis dan demonstrasi oleh perkasa dan pemuda Umno untuk memanaskan lagi isu ini.

Seterusnya bila isu semakin panas, maka polis ada alasan untuk menangkap Anwar Ibrahim, menyiasat dan mengenakan pertuduhan ke atasnya atas alasan keselamatan negara. Sebelum ini pun, inilah cara mereka memain dan mensensasikan isu.


 
Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN juga tidak menolak kemungkinan ini. Jelas beliau sudah dapat menghidu konspirasi Umno untuk menahan Anwar Ibrahim berhubung isu Lahad Datu ini.

Dalam kenyataan media beliau semalam

"Saya tidak menolak kemungkinan politik kebencian atas kesempatan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu mungkin digunakan oleh anasir tertentu di dalam Umno untuk memastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang keselamatan" - Rafizi Ramli

Walaupun secara kasarnya memanglah tidak logik untuk mengaitkan Anwar dengan isu Lahad Datu, tapi kita kena ingat, rejim yang takut kehilangan kuasa akan buat apa sahaja. Isu liwat yang tak masuk akal pun boleh digunakan, apa lagi isu Lahad Datu?

Sumber : MiloSuam