Wahai orang2 Islam di seluruh Malaysia, tolong kami, bantu kami..Kami
sedang di tindas oleh DAP/PR diPulau Pinang...Lihatlah apa yang kerajaan
UMNO/BN bantu kami dulu...Bandingkan dengan apa yang kerajaan DAP/PR buat
sekarang....Tolong....Tolong....Tolong....DAP sedang tindas tanpa belas
ehsan umat Islam di Pulau Pinang.....
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta
2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta
4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00
5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri
6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun
*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANGKerajaan DAP Pulau Pinang Bertambah "Kejam" Luluskan Surau
Bernilai RM400 Ribu...
KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pagi ini menyempurnakan majlis perletakan papan tanda asas pembinaan Surau Taman Ampang Jajar di Bagan.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited memartabatkan Islam di negeri berkenaan sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan sungguhpun terpaksa mengena serangan fitnah oleh pembangkang Umno Barisan Nasional.
"Memang Kerajaan Negeri bertindak adil untuk semua. Kita, Kerajaan Negeri menerima Islam sebagai agama rasmi Pulau Pinang, selain, agama agama lain bebas diamalkan di negeri ini.
"Tetapi, Kerajaan Negeri tetap fitnah. Saya pun jadi mangsa fitnah, dua kali saman Utusan, dua-dua (kes saman fitnah) menang," Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat Pulau Pinang kini semakin bijak dengan kemudahan mengakses maklumat internet hatta tidak mudah terpengaruh oleh politik fitnah pembangkang.
Sebelum pada itu, Guan Eng mengumumkan peruntukan agama Islam RM400,000 untuk membina surau di atas sebidang tanah milik MAINPP yang berkeluasan 587 meter persegi, di sini.
Surau yang mampu menampung 150 Orang jemaah dalam satu-satu masa itu syarat siap dalam tempoh 12 bulan.
Sementara menunggu proses tender terbuka dilaksanakan sekarang, Guan Eng berkata, projek itu diharapkan bermula seawal Jun depan.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) diberi tanggungjawab menyelia projek murni yang akan dikendali oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
APA TUNGGU LAGI WAHAI PEMUDA UMNO, PERKASA, JATI, WARIS MALAYA DAN PEKIDA....AYUH!!! KITA BERDEMO!!!!...
No comments:
Post a Comment